SIARAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

Pekebun kecil sawit mampan tonggak kelestarian industri sawit negara

TAMPIN, 17 Julai 2026 – Pekebun kecil sawit persendirian terus memainkan peranan penting sebagai tonggak kelestarian industri sawit negara dengan mengamalkan Amalan Pertanian Baik (GAP) serta mengurus kebun secara bertanggungjawab demi memelihara alam sekitar dan memastikan pengeluaran minyak sawit yang mampan.

Komitmen ini terus diperkukuhkan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan agensinya, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui pelbagai program latihan, khidmat pengembangan serta pemerkasaan pekebun kecil di seluruh negara. Selain meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekebun kecil, MPOB turut mengenal pasti pekebun kecil yang memerlukan bantuan kawalan penyakit

khususnya melalui Skim Kawalan Serangan Ganoderma Pekebun Kecil (SKGPK). Ketika berucap pada Program Pemantapan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) Pekebun Kecil Sawit Daerah Tampin kelmarin, Negeri Sembilan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi berkata Inisiatif Skim Kawalan Serangan Ganoderma Pekebun Kecil membantu pekebun kecil yang melaksanakan penanaman semula di bawah Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0) agar pokok baharu yang ditanam bebas daripada risiko jangkitan penyakit Ganoderma.

Tegasnya, usaha membangunkan sektor sawit yang mampan perlu bermula dengan penggunaan bahan tanaman yang berkualiti dan bebas penyakit. “Pokok sawit yang ditanam semula bukan sahaja perlu memenuhi syarat kemampanan yang diiktiraf di peringkat global, malah hendaklah menggunakan bahan tanaman daripada pembekal dan nurseri yang dipersijilkan Kod Amalan Baik Nurseri. Bagi Nurseri Sawit (CoPN) bagi memastikan benih yang digunakan berkualiti serta bebas daripada penyakit yang boleh menjejaskan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil,” tambahnya.

Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) MPOB, Dr. Zaki Aman semasa program yang sama berkata lebih 197,000 pekebun kecil sawit persendirian telah memperoleh pensijilan MSPO menerusi 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) di seluruh negara sehingga 31 Mei 2026.

1“Sebagai agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi, MPOB menyediakan khidmat pengembangan kepada semua pekebun kecil yang mengusahakan penanaman sawit secara persendirian melalui Pejabat Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit (TUNAS) MPOB di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, peranan pegawai TUNAS bukan sahaja membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti dan mengamalkan pertanian baik, malah membimbing mereka memperoleh pensijilan MSPO yang menjadi antara prasyarat penting bagi memenuhi keperluan pasaran antarabangsa.

“Pegawai-pegawai MPOB juga turut membantu merekodkan data geospatial termasuk maklumat pemetaan bagi setiap kebun sawit yang diusahakan pekebun kecil persendirian. Langkah ini penting bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan kebolehkesanan dan peraturan anti penyahhutanan di peringkat antarabangsa, bahkan memperkukuh daya saing minyak sawit Malaysia di pasaran global,” katanya.

Program Pemantapan MSPO Pekebun Kecil Sawit Daerah Tampin merupakan antara usaha berterusan KPK untuk meningkatkan kesedaran serta memperkukuh pelaksanaan amalan pertanian baik dalam kalangan pekebun kecil, sekali gus menyokong agenda kemampanan industri sawit negara.

Printed Publication SPOT-ME Number of Online Services