Kursus Penyelia Kilang Sawit 2026
OBJEKTIF
Untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan menambahkan pengetahuan anggota penyelia kilang sawit dan penyelia bengkel kilang sawit.
KANDUNGAN KURSUS
Modul 1: PENGENALAN DAN PENGENDALIAN KELAPA SAWIT
- Pengenalan kepada Pokok Kelapa Sawit
- Penerimaan dan Pengendalian BTS
- Kawalan Kualiti Minyak Sawit dan Isirung Sawit
Modul 2: PENGILANGAN DAN PEMPROSESAN KILANG SAWIT
- Pensterilan Tandan Sawit
- Peleraian dan Pemerahan Buah Sawit
- Penjernihan Minyak Sawit Mentah
- Pemprosesan Isirung Sawit
Modul 3: DANDANG, JANAKUASA DAN SISTEM RAWATAN
- Operasi Dandang (Boiler)
- Operasi Turbin (Turbine)
- Rawatan Air Mentah dan Air Dandang
- Rawatan Sisa Sawit
Modul 4: PENYELIAAN PEKERJA, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR
- Hak-Hak Pekerja di bawah Akta Perhubungan Perusahaan
- Tanggungjawab Kilang Sawit Terhadap Alam Sekitar
- Pencegahan Kemalangan di Kilang Sawit
- Kod Amalan Baik Pengilangan Sawit
Modul 5: PEPERIKSAAN DAN LAWATAN TEKNIKAL
- Peperiksaan Kertas 1 & Kertas 2
- Lawatan Teknikal
YURAN PENDAFTARAN
Yuran adalah RM 2,300.00 meliputi bahan kursus, makanan dan minuman tetapi tidak termasuk penginapan dan pengangkutan.
TEMPOH KURSUS*
Kursus : 12 – 15 Oktober 2026
Peperiksaan : 16 Oktober 2026
BAHASA PENGANTAR
Bahasa Melayu
NOTA PENTING
- Peserta kursus dikehendaki menduduki peperiksaan dan menghantar kertas kerja bagi melayakkan mendapat sijil kursus.
- Yuran pendaftaran tidak dikembalikan sekiranya peserta/pengganti gagal menghadiri kursus.
- Calon dinasihatkan untuk mengisi permohonan secara atas talian (online) melalui laman sesawang MPOB di mpob.gov.my sebelum 15 September 2026.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Nu’man Abdul Hadi
Unit Pengilangan & Pemprosesan
No. Tel: 03-8769 4350
E-mail: numan@mpob.gov.my
Nurul Aishah Musa
Unit Latihan dan Pengurusan Persidangan
No. Tel: 03-8769 4568
E-mail: nurul.aishah.musa@mpob.gov.my
Madihah Zolkafly
Unit Latihan dan Pengurusan Persidangan
No. Tel: 03-8769 4874
E-mail: madihahzol@mpob.gov.my