Unit Pensijilan Kod Amalan (CoPCU)

Unit Pensijilan Kod Amalan (CoPCU) bertanggungjawab melaksanakan aktiviti skim pensijilan untuk industri sawit Malaysia. Ketika ini, skim pensijilan yang dilaksanakan oleh unit ini adalah skim pensijilan Kod Amalan Baik Tapak Semaian untuk Tapak Semaian Sawit (CoPN) yang telah dimandatorikan pelaksanaannya bermula 1 Julai 2022. Pelaksanaan skim pensijilan ini memberi penekanan terhadap amalan dan prosedur untuk menjalankan sebuah tapak semaian sawit bagi menghasilkan bahan tanaman sawit yang berkualiti tinggi. Bagi mengekalkan mutu pelaksanaan pengauditan skim pensijilan CoPN, unit ini juga mengekalkan pematuhan tahunan terhadap standard ISO/IEC 17021 Conformity assessment – Requirements for bodies providing audit and certification of management systems.

Visi

Menjadi pusat rujukan utama bagi pengusaha tapak semaian sawit berdasarkan kod amalan sejagat.

Misi

Meningkatkan penghasilan bahan tanaman sawit berkualiti melalui pelaksanaan skim pensijilan Kod Amalan Baik Tapak Semaian untuk Tapak Semaian Sawit (CoPN).

Objektif

Menjamin penghasilan bahan tanaman sawit berkualiti melalui pelaksanaan skim pensijilan Kod Amalan Baik Tapak Semaian untuk Tapak Semaian Sawit (CoPN).

Fungsi

Menyediakan perkhidmatan Pensijilan Kod Amalan Baik MPOB.

  1. Seksyen Pelaksanaan Pensijilan
  2. Seksyen Pengurusan Pensijilan

Seksyen Pelaksanaan Pensijilan

Aktiviti Utama:
  1. Melaksanakan pengauditan Pensijilan Kod Amalan Baik MPOB.

 

Seksyen Pengurusan Pensijilan

Aktiviti Utama:
  1. Merancang, memantau, melapor, dan menguruskan aktiviti pengauditan Pensijilan Kod Amalan Baik MPOB.
Printed Publication SPOTME Number of Online Services