Kursus Operasi Mekanisasi Ladang (KOML)

PROGRAM
Pada tahun 2006, MPOB telah menubuhkan Kursus Operasi Mekanisasi Ladang (KOML) yang menyediakan latihan berasaskan kemahiran dalam jentera ladang bagi sektor perladangan sawit.
 
Objektif KOML adalah untuk memberi latihan kepada belia tempatan dalam bidang jentera ladang supaya mereka boleh menjadi sebahagian daripada tenaga kerja tempatan dalam industri sawit sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Modul latihan memberi pendedahan mengenai mekanisasi ladang secara nisbah (70:30) praktikal dan teori. Pengambilan pelatih adalah dua kali setahun, dengan tempoh kursus enam hingga 12 bulan termasuk teori, praktikal dan latihan industri selama enam bulan di kawasan terpilih.
 
KOML menawarkan kursus-kursus jangka pendek dan panjang. Kursus jangka panjang khusus untuk belia yang berminat untuk bekerja dalam industri sawit. Kursus jangka pendek juga ditawarkan kepada individu atau pekebun kecil yang berminat untuk mendapat lebih banyak pengetahuan dan kemahiran dalam topik yang dipilih. Kursus-kursus jangka panjang dan pendek ditawarkan dalam dua peringkat iaitu Tahap 2 dan Tahap 3.
 
SIAPA YANG PATUT MENYERTAI KOML
  • Lepasan sekolah menengah yang berminat dalam sektor perladangan sawit
  • Individu yang sedang bekerja dalam industri sawit yang ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
SYARAT KEMASUKAN
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-35 tahun
  • Tamat SPM/SPMV atau setaraf dengannya atau mempunyai dua tahun pengalaman bekerja di sektor perladangan/penjenteraan
  • Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
  • Bagi Tahap 3, pelatih perlu mengikuti dan lulus Tahap 2 terlebih dahulu
 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

Siti Balqis Jaafar 
Tel: 09-451 4402
E-mail : balqis@mpob.gov.my

Mohd Faiz Akmal Yaser
Tel: 09-451 4403
E-mail : mohd.faiz@mpob.gov.my

Printed Publication SPOTME Number of Online Services