Pengenalan
Unit Integriti (UI) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 (Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam). UI ditubuhkan bertujuan untuk memastikan semua anggota MPOB mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh ke arah mencapai sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang serta sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu yang berkaitan integriti di MPOB.
Sepanjang penubuhannya, UI telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang berbentuk kesedaran, pencegahan dan penguatkuasaan. Penganjuran aktiviti bersifat penerapan nilai-nilai integriti yang tinggi akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan budaya Integriti dapat diamalkan oleh semua pegawai dan pengkhidmat MPOB. Selain itu, UI juga menekankan pelaksanaan program yang lebih bersifat Preventive, Corrective dan Punitive, di semua Bahagian / Pejabat Wilayah / Stesen Penyelidikan MPOB agar pengistitusian integriti dilaksanakan secara efektif selari dengan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban. Ini bertujuan untuk menutup ruang dan peluang berlakunya penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah oleh anggota yang boleh mencemarkan imej MPOB.
Carta Organisasi
Visi, Misi, Objektif & Fungsi
Menerapkan pendekatan yang berwawasan untuk mengukuhkan budaya integriti, ketelusan, kebertanggungjawaban dan tingkah laku yang beretika serta bermoral tinggi dalam kalangan anggota MPOB ke arah mencapai sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.
Memastikan anggota MPOB sentiasa menjunjung dan menegakkan prinsip integriti melalui tadbir urus dan tatakelola terbaik, budaya kerja berkualiti, akauntabiliti serta moral dan etika yang kukuh.
Mewujudkan tadbir urus dan tatakelola organisasi yang baik serta penginstitusian integriti dilaksanakan secara efektif selari dengan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban.