Cari kata kunci anda di bawah
Skim Pensijilan CoPN
Pensijilan Kod Amalan Baik MPOB untuk Tapak Semaian Sawit atau dikenali sebagai Pensijilan CoPN merupakan skim pensijilan yang telah diperkenalkan oleh MPOB kepada industri bermula tahun 2009. CoPN dibangunkan khusus untuk perusahaan tapak semaian sawit dengan menyertakan unsur-unsur kualiti, keselamatan makanan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pemuliharaan alam sekitar dan kemampanan. Dengan penambahan unsur-unsur tersebut, skim ini menyediakan panduan yang praktikal dalam memastikan operasi harian tapak semaian dapat berjalan lancar dan mengikut keperluan yang minimum.
Tempoh pensijilan CoPN adalah selama tiga (3) tahun bermula daripada tarikh dipersijilkan dengan CoPN.
Permohonan Pensijilan CoPN boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan Pensijilan CoPN yang boleh diperolehi di pautan berikut : http://copn.mpob.gov.my/wp-content/uploads/2022/08/Borang-Permohonan-CoP_BM.pdf
Kos pensijilan CoPN adalah merangkumi kos pentadbiran dan kos logistik. Jadual kos audit adalah seperti berikut:
Audit | Tahun | |||
2022 | 2023 | 2024 | 2025 | |
Audit | RM 500.00/audit | RM 750.00/audit | RM 1000.00/audit | RM 1250.00/audit |
Tarikh penguatkuasaan mandatori pensijilan CoPN berkuatkuasa bermula pada 1 Julai 2022 dan ianya sebagai salah satu syarat lesen di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
Sekretariat CoPN akan menghantar maklum balas menerusi emel dengan menyertakan nombor rujukan premis, contoh (CoP/NN/XXXX) sekiranya permohonan Pensijilan CoPN lengkap dan telah diproses.
Permohonan Pensijilan CoPN akan ditolak sekiranya borang yang dihantar tidak lengkap dan premis akan dihubungi menerusi panggilan dan emel oleh pihak sekretariat CoPN untuk pemakluman tersebut.
Permohonan Pensijilan CoPN adalah mengikut lesen MPOB. Sekiranya mempunyai tiga lesen, premis perlu membuat tiga permohonan pensijilan CoPN.
Penghantaran sijil CoPN menerusi kurier hanya akan dibuat setelah premis membuat pembayaran inbois yuran CoPN. Inbois yuran CoPN akan dikeluarkan selepas audit CoPN dijalankan. Pembayaran yuran CoPN adalah mengikut audit bermula pada tahun 2022.
Surat amaran akan dikeluarkan oleh MPOB dan sekiranya masih belum mendaftar, kompaun akan dikenakan dan lesen MPOB tidak akan diperbaharui.
Boleh. Penjualan anak benih berumur kurang daripada 10 bulan hanya dibenarkan di antara tapak semaian (NN) ke tapak semaian (NN) yang lain sahaja.
Tidak boleh digunakan. Hanya polibeg bersaiz 6”X9” dan dulang pasu (pot tray) yang bersesuaian boleh digunakan di tapak semaian kecil dan saiz polibeg 12”x15” dan 15”x18” di tapak semaian besar digunakan kecuali untuk tujuan penyelidikan.
Anggaran tempoh untuk mendapatkan sijil CoPN adalah 6-7 bulan tertakluk kepada kesediaan dan maklum balas premis.
30 hari selepas berdaftar.
Buku manual CoPN boleh dibeli di PalmShoppe Ibu Pejabat MPOB, Bangi.
Maklumat tapak semaian bersijil CoPN boleh didapati di pautan berikut: http://copn.mpob.gov.my/index.php/elementor-2875/
Premis boleh mendaftar Kursus Pengurusan Dan Penyelenggaraan Nurseri Sawit di pautan berikut: http://copn.mpob.gov.my/
Pensijilan MSPO
Pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka.
Pensijilan MSPO diperlukan untuk memastikan produk sawit MALAYSIA yang dihasilkan adalah mampan dan dapat diterima di pasaran global.
Anda boleh menyemak dengan melayari laman web MSPO Trace oleh MPOCC di pautan https://mspotrace.org.my/Smallholders_list
Bentuk bantuan yang bakal diperolehi adalah seperti pembiayaan yuran pensijilan, latihan berkaitan MSPO, dan rak/stor penyimpanan bahan kimia.
RSPO adalah pensijilan yang dibangunkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diwakili oleh pemain industri sawit. Manakala pensijilan MSPO dibangunkan oleh kerajaan Malaysia yang mengambil kira kepentingan pengeluar sawit bersaiz kecil, sederhana dan besar.
Badan pensijilan yang mendapat akreditasi di bawah Jabatan Standard Malaysia. Badan Pensijilan dilantik oleh Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) yang akan menjalankan pengauditan MSPO. Namun, latihan berkaitan MSPO dan tunjuk ajar kepada pekebun kecil akan diuruskan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Pekebun kecil perlu mendapatkan pengesahan daripada pejabat tanah berkenaan permohonan hak milik tanah.
Pekebun kecil persendirian yang mempunyai keluasan tanah kurang 100 ekar atau 40.46 hektar dan juga pekebun kecil di bawah agensi dan agensi milik kerajaan seperti RISDA, FELDA mendapat 100% insentif pensijilan.
MPOB berperanan membantu dalam penyediaan dokumen, seterusnya penyediaan latihan kepada ahli SPOC dan juga memberikan tunjuk ajar. Di samping itu, MPOB turut mempromosikan pensijilan MSPO di dalam dan luar negara.
Satu nama wakil sudah memadai bagi tanah tersebut untuk penyertaan dalam pensijilan MSPO.
Bantuan Kerajaan
Buat masa ini MPOB tidak mengeluarkan sebarang bantuan kepada pekebun kecil sawit untuk membeli input pertanian. Namun begitu, terdapat Skim Pembiayaan Mudah bagi tujuan membeli input pertanian seperti baja, racun dan lain lain yang dikendalikan melalui Agrobank.
Skim pembiayaan ini diberikan kepada semua pekebun kecil yang telah menanam sawit dan mempunyai lesen Pekebun Kecil MPOB dengan keluasan maksimum pembiayaan seluas 6.5 ha, Kadar pembiayaan yang diberikan adalah sebanyak RM5,000/ha dengan tempoh bayaran balik selama 24 bulan. Sekiranya berminat dan untuk sebarang maklumat lanjut, puan boleh menghubungi mana mana Pejabat Agrobank atau Pejabat MPOB yang berhampiran.
Pelesenan
Semua permohonan hendaklah memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan. Permohonan lesen hendaklah dibuat secara atas talian di alamat URL berikut:
http://e-lesen.mpob.gov.my (untuk kategori utama) atau http://e-lesenpk.mpob.gov.my (untuk kategori Kebun Kecil)
Sila gunakan pelayar utama yang serasi seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox versi terkini.
Bagi permohonan lesen Kategori Utama
Sila rujuk ‘Kriteria dan Panduan Permohonan Lesen MPOB’ yang terdapat di laman http://e-lesen.mpob.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kriteria permohonan lesen.
Bagi permohonan lesen Kebun Kecil
Sila muatnaik salinan kad pengenalan dan salinan geran tanah ke dalam borang permohoan lesen atas talian sebelum menghantar permohonan.
Terdapat 4 sektor utama iaitu perladangan, perniagaan, perkhidmatan dan pengilangan. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian syarikat anda.
Sila rujuk Panduan dan Kriteria Permohonan Lesen yang terdapat di laman MyLesen MPOB untuk mendapatkan senarai aktiviti dan keluaran sawit yang terperinci.
Sekiranya permohonan yang diterima lengkap, proses permohonan lesen baru untuk semua kategori mengambil masa 30 hari bekerja kecuali kategori kilang buah kelapa sawit/ tambahdaya 90 hari bekerja dan estet/ pekebun kecil 5 hari bekerja.
Fi setiap aktiviti dan setiap klasifikasi keluaran kelapa sawit ialah RM100; kecuali
- Fi pekebun kecil adalah percuma.
- Fi mengilang buah kelapa sawit adalah RM500 setahun.
- Fi membina kilang buah kelapa sawit adalah RM500 setahun.
Pemohon boleh mengemukakan rayuan melalui sistem MyLesen MPOB dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tolak.
Sistem Pemantauan Sawit (SPS)
Pelesen yang mempunyai aktiviti bagi menyimpan atau mengalih(TL) minyak sawit jenis CPO,CPKO,PPO,PPKO & SPO perlu membuat pendaftaran SPS.
Sila ke laman web sps.mpob.gov.my dan klik pada “First time login”. Setelah itu anda perlu memasukkan no lesen yang diberi serta katalaluan bagi e-license. Sila rujuk “Manual” di laman web SPS bagi pendaftaran akaun bersama, pemandu, trak dan trailer. Juga terdapat cara-cara bagi membuat dan mengisi borang E-MPOBL3.
Jika anda lupa katalaluan MyLesen MPOB, sila hubungi pihak perlesenan bagi mendapatkan katalaluan tersebut.
Untuk mendapatkan semula katalaluan sementara, sila klik pada “forgot password”. Katalaluan sementara akan dihantar kepada emel yang berdaftar dalam akaun SPS. Sila pastikan email yang berdaftar adalah aktif. Jika anda lupa email yang berdaftar, sila hubungi pihak SPS.
Bagi menukar akaun “SuperUser”, sila hubungi atau email kepada pihak SPS terlebih dahulu, pihak kami akan “inactive” akaun Superuser. Superuser yang baru perlu daftar semula dengan cara klik pada “first time login”.
Pihak Consignor hanya boleh membuat pembetulan maklumat bagi bahagian Consignee sahaja. Untuk maklumat lain seperti berat, jenis produk, penjual dan pembeli, sila hubungi pihak SPS atau emelkan jenis kesalahan, no MPOBL3 beserta tiket timbang kepada spsadmin@mpob.gov.my
Tidak boleh. Pihak tuan perlu mengingati syarikat konsaini untuk menyemak semula maklumat E-MPOBL3 sebelum membuat pengesahan.
Ya. Pihak tuan perlu menghubungi bilik kawalan SPS atau emelkan butiran kesalahan, no MPOBL3 beserta tiket timbang kepada spsadmin@mpob.gov.my
Sila rujuk pada “manual” di laman web sps.mpob.gov.my untuk pendaftaran pemandu, trak dan trailer.
Untuk pindahan maklumat, anda perlu pastikan status pemandu, trak dan trailer adalah “inactive” daripada syarikat lama. Jika masih belum, sila hubungi syarikat lama untuk menukarkan status daripada “active” kepada “inactive”. Setelah itu, anda dikehendaki menghantar maklumat melalui emel kepada pihak SPS untuk pindahan. Pastikan maklumat seperti no I/C pemandu, no trak, no trailer serta no lesen MPOB syarikat anda diberikan melalui emel untuk pindahan segera.
Pemantauan Kualiti
Pengisytiharan keluaran kelapa sawit bagi Eksport (MPOB Q1), Konsainan melalui laut dalam Malaysia (MPOB Q2) dan Import (MPOB Q3) boleh dilakukan di pautan http://sunfire.mpob.com.my/
Sila email no. lesen dan nama syarikat kepada eqc@mpob.gov.my. ID dan Password syarikat akan diberikan melalui email.
Sila isi Borang PL 7S-B1 yang boleh didapati di laman web MPOB dan hantar borang yang lengkap di isi bersama sekeping gambar, salinan kad pengenalan dan salinan sijil lulus peperiksaan jurukur keluaran kelapa sawit kepada Unit Kawalan Mutu.
Sila isi Borang PL 7S-B1 yang boleh didapati di laman web MPOB dan hantar borang yang lengkap di isi bersama sekeping gambar, salinan kad pengenalan dan salinan sijil lulus peperiksaan jurukur keluaran kelapa sawit MPOB bersama kad jurukur yang lama kepada Unit Kawalan Mutu.
Sila layari laman sesawang www.mpob.gov.my dan klik butang ‘Persidangan & Kursus’ untuk merujuk jadual kursus dan tarikh terdekat.
Lain-lain
Sila isi Borang PL 7S-B1 yang boleh didapati di laman web MPOB dan hantar borang yang lengkap di isi bersama sekeping gambar, salinan kad pengenalan dan salinan sijil lulus peperiksaan jurukur keluaran kelapa sawit MPOB bersama kad jurukur yang lama kepada Unit Kawalan Mutu.
Sila layari Portal Rasmi MPOB di pautan www.mpob.gov.my dan klik pada menu ‘Persidangan & Kursus’ untuk merujuk jadual kursus dan tarikh terdekat.
Sila layari Portal Rasmi MPOB di pautan www.mpob.gov.my
Jika terdapat kekosongan jawatan di MPOB, iklan kosong akan dipaparkan di ruangan Announcement atau Latest News.