Kursus Pengendali Makmal Kilang Sawit 2026
PENGENALAN
Untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan menambahkan pengetahuan anggota penyelia kilang sawit dan penyelia bengkel kilang sawit. Pembangunan industri sawit perlu dilaksanakan secara mampan berdasarkan prinsip 3P iaitu rakyat (people), alam sekitar (planet) dan keuntungan (profit). Pengendalian operasi kilang yang cekap merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam mencapai objektif ini. Ini termasuk kemahiran peserta dalam pengendalian makmal seperti kemahiran mengambil dan menganalisis sampel serta berupaya merekodkan keputusan analisis dengan betul dan tepat. Melalui kursus ini, peserta akan diajar mengenai pengendalian makmal yang sistematik, cara-cara menganalisis sampel minyak sawit serta sisa efluen. Ini penting bagi memastikan kilang sawit dan loji efluen dikendalikan dengan cekap dan mematuhi peraturan dan piawaian.
OBJEKTIF
Untuk meningkatkan kemahiran analisis dan menambah pengetahuan pembantu makmal kilang/penapis minyak sawit serta pengendali pukal.
KANDUNGAN KURSUS
- Penggredan Tandan Buah Segar dan Amalan-amalan Kilang
- Pengenalan kepada Pengoperasian Kilang Sawit
- Sistem Pengurusan Kualiti Makmal Kilang Sawit
- Kod Amalan Baik (Pengilangan dan Pemprosesan Sawit)
- Keselamatan Makmal dan Pengendalian Bahan Kimia
- Analisis Kawalan Mutu dan Kualiti Minyak Sawit
- Kaedah Jitu Analisis bagi Kualiti Minyak Sawit
- Kehilangan Minyak dan Isirung Sawit
- Pemahaman Mengenai Pengolahan dan Analisis Efluen Sawit
- Rawatan Air Mentah dan Air Dandang
KELAYAKAN PESERTA
Pembantu makmal, penyelia makmal dan petugas yang terlibat dalam aktiviti makmal/kilang sawit/penapis/pelumat isirung. Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja.
TEMPOH KURSUS*
21 September – 1 Oktober 2026 (sembilan hari)
BAHASA PENGANTAR
Bahasa Melayu
YURAN PENDAFTARAN
- RM2,500.00 seorang.
- Yuran meliputi bahan kursus, makanan dan minuman semasa kursus. TIDAK termasuk kos penginapan.
- Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank dalam talian atas nama ‘Lembaga Minyak Sawit Malaysia’. Peserta dikehendaki membuat pembayaran yuran pendaftaran selewat-lewatnya dua minggu sebelum kursus dan menghantar/e-mel slip pembayaran.
PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Hasliyanti Alias
No. Tel: 03-8769 4434
E-mail: hasliyanti@mpob.gov.my
Nurul Aishah Musa
No. Tel: 03-8769 4568
E-mail: nurul.aishah.musa@mpob.gov.my
Mohd Shahrulniza Yahya
No. Tel: 03-8769 4870
E-mail: shahrulniza.yahya@mpob.gov.my