Kursus Pengendali Makmal Kilang Sawit 2025

PENGENALAN
Pembangunan industri sawit perlu dilaksanakan secara mampan berdasarkan prinsip 3P iaitu Rakyat (People), Alam Sekitar (Planet) dan Keuntungan (Profit). Pengendalian operasi kilang yang cekap merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam mencapai objektif ini. Ini termasuk kemahiran peserta dalam pengendalian makmal seperti kemahiran mengambil dan menganalisis sampel serta berupaya merekodkan keputusan analisis dengan betul dan tepat. Melalui kursus ini, peserta akan diajar mengenai pengendalian makmal yang sistematik, cara-cara menganalisis sampel minyak sawit serta sisa efluen. Ini penting bagi memastikan kilang sawit dan loji efluen dikendalikan dengan cekap dan mematuhi peraturan dan piawaian.

OBJEKTIF
Untuk meningkatkan kemahiran analisis dan menambahkan pengetahuan pembantu makmal kilang/penapis minyak sawit serta pengendali pukal sebelum dieksport.
 
KELAYAKAN PESERTA
Pembantu makmal, penyelia makmal dan petugas yang terlibat dalam aktiviti           makmal/ kilang sawit/ penapis/ pelumat isirung. Hanya warganegara Malaysia        sahaja yang layak memohon dan mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun   pengalaman bekerja.
 
YURAN PENDAFTRAN
RM 2,500.00 seorang
 
PENDAFTARAN
Nurul Aishah Musa / Mohd Hakeem Osmam
Tel : 03-8769 4568 / 03-8769 4396
Emel : nurul.aishah.musa@mpob.gov.my / shahrulniza.yahya@mpob.gov.my