Industri sawit merupakan tunggak kepada ekonomi Malaysia dan memainkan peranan penting membekal sumber makanan dan tenaga kepada populasi global yang semakin meningkat. Sawit adalah tanaman produktif dan minyak sawit pelbagai guna yang memainkan peranan penting dalam pelaburan, penyelidikan dan promosi teknikal. Pertumbuhan dalam sektor huluan mempunyai kesan yang melata di sepanjang nilai rantaian, dan MPOB sebagai pemacu kepada industri sawit Malaysia terus mengutamakan penyelidikan dan perkhidmatan bagi meningkatkan keseluruhan nilai rantaian industri sawit dan berdepan dengan cabaran isu-isu berkaitan pembangunan dan kemampanan.
MPOB menjalankan pelbagai strategi untuk memaksimakan pembangunan ekonomi dan penjagaan alam sekitar, dan memastikan bahawa pertumbuhan masa depan dijalankan dalam rangka kerja yang mampan. Sejajar dengan misi “Untuk meningkatkan kesejahteraan industri sawit Malaysia melalui penyelidikan, pembangunan dan perkhidmatan yang cemerlang”, MPOB memainkan peranan utama melalui penglibatan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Diharapkan Portal Rasmi MPOB ini akan menjadi gerbang maklumat antara MPOB dan pihak berkepentingan dan menyediakan sumber yang bernilai melalui aktiviti-aktiviti MPOB yang berkaitan dengan tanaman utama Malaysia.
6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor
Emel : general@mpob.gov.my
Tel: 603-8769 4400 / Fax: 603-8925 9446
Hak cipta terpelihara © Malaysian Palm Oil Board
Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar terkini (Edge, Google Chrome, Mozilla Firefox Safari & Opera latest version) dengan reolusi 1280 x 800 ke atas.