SLAID NOTA CERAMAH :
PENDAHULUAN
Penggunaan anak benih yang bemutu tinggi adalah faktor penting dalam usaha meningkatkan produktiviti sawit di peringkat ladang. Menanam anak benih yang berkualiti serta mempraktikkan pengurusan dan amalan agronomi yang betul, akan menghasilkan buah tandan segar (BTS) yang bermutu dengan hasil yang tinggi.
Pemilihan anak benih adalah kritikal dalam penanaman sawit yang mempunyai hayat ekonomi sehingga 25 tahun. Pemilik ladang akan mengalami kerugian jika menanam anak benih yang tidak berkualiti. Oleh itu, pengusaha nurseri bertanggungjawab untuk membekalkan anak benih berkualiti kepada industri sawit, manakala pengguna bertanggungjawab membeli anak benih sawit daripada tapak semaian yang berlesen dan mempunyai sijil CoPN.
OBJEKTIF
- Memberi pengetahuan secara jelas dan mendalam mengenai pengurusan nurseri sawit mengikut piawai yang ditetapkan.
- Memberi pendedahan tentang piawai yang diperlukan oleh pengusaha nurseri sawit bagi memenuhi kriteria Kod Amalan Baik Nurseri Sawit atau Code of Good Nursery Practise for Oil Palm Nurseries (CoPN).
- Memberi pendedahan tentang peraturan dan perundangan disamping penilaian dari aspek ekonomi bagi mengusahakan perniagaan nurseri sawit.
YURAN PENYERTAAN
RM1000.00 / peserta
Jumlah hari berkursus: 2½ hari
NOTA PENTING
- Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA berusia melebihi 18 tahun sahaja.
- Peserta kursus dikehendaki menduduki peperiksaan amali dan teori bagi melayakkan mendapat sijil kursus.
- Yuran pendaftaran tidak dikembalikan sekiranya peserta/pengganti gagal menghadiri kursus.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
TEKNIKAL
Pn. Sheilyza Mohd. Ishak
No. Tel : 03-8769 4549
E-mel : sheilyza@mpob.gov.my
Â
PENDAFTARAN
Cik Nurul Aishah Musa
No. Tel : 03-87694568
E-mel : kursus.industri@mpob.gov.my
Pn. Nornadiya Yunus
No. Tel : 03-87694569
E-mel : kursus.industri@mpob.gov.my
Pn. Madihah Zolkafly
No. Tel : 03-8769874
Emel : kursus.industri@mpob.gov.my