Borang Permohonan Kursus dan Peperiksaan Kemahiran Menggred Buah Sawit 2024 Mengikut Wilayah:
SIRI I
SIRI II
PENDAHULUAN
Penggredan buah kelapa sawit memainkan peranan penting dalam mengawal selia kualiti buah sawit yang dituai oleh pengusaha ladang dan pekebun kecil. Penggredan buah sawit adalah salah satu aktiviti penting dalam jaminan kualiti (quality assurance) yang sedang diusahakan oleh industri sawit. Kursus diadakan bagi memberi kesedaran terhadap pentingnya kualiti buah kelapa sawit dalam meningkatkan kadar perahan minyak sawit (OER).
OBJEKTIF
- Memberi pendedahan kepada penggred buah sawit dengan kaedah penggredan mengikut Manual Penggredan Buah Sawit MPOB edisi ke 3.
- Menerapkan kemahiran keseluruhan penggredan buah sawit meliputi aspek teknikal, komersial dan falsafah penggredan.
- Meningkatkan pengetahuan tentang amalan agronomi di ladang yang memberi kesan terhadap kualiti buah sawit yang dihasilkan.
- Meningkatkan pengetahuan tentang kualiti buah sawit yang memberi kesan terhadap tahap kecekapanÂ
- Melatih penggred buah sawit sebagai agen pengembangan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti buah sawit di pasaran.
- Memberi pendedahan mengenai perundangan dan tindakan penguatkuasaan MPOB berkaitan amalan pengendalian, kualiti tandan dan penggredan buah sawit.
YURAN PENYERTAAN
RM850.00 / peserta
NOTA PENTING
- Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA berusia melebihi 18 tahun sahaja.
- Tidak Buta Warna (permohonan peserta akan ditolak jika didapati GAGAL ujian buta warna)
- Peserta kursus dikehendaki menduduki peperiksaan amali dan teori bagi melayakkan mendapat sijil kursus.
- Yuran pendaftaran tidak dikembalikan sekiranya peserta/pengganti gagal menghadiri kursus.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
TEKNIKAL
En. Faqehudin Sadiran
No. Tel: 03-78022800 samb. 2977
E-mel: faqehudin@mpob.gov.my
PENDAFTARAN
Cik Nurul Aishah Musa
No. Tel: 03-87694568
E-mel: kursus.industri@mpob.gov.my
En. Mohd Shahrul Niza Yahya
No. Tel : 03-87694870 E-mel: kursus.industri@mpob.gov.my