Daftar sekarang untuk menerima risalah aktiviti dari MPOB
Piagam Pelanggan
Maklumat Korporat
Menu
Kami berjanji untuk melaksanakan rancangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memberi perkhidmatan yang cekap dan efisien untuk kemakmuran industri minyak sawit yang berterusan.
Komitmen kami:
Menghasilkan sekurang-kurangnya sepuluh jenis teknologi, hasil penyelidikan atau produk baru setiap tahun untuk dimanfaatkan oleh industri;
Menyediakan perkhidmatan analisis dan statistik yang tepat serta memberi jawapan dalam tempoh dua minggu bagi anggaran masa untuk memperoleh keputusan tersebut;
Memberi keputusan mengenai permohonan lesen baru dan pembaharuan lesen dalam tempoh masa dari tarikh penerimaan borang permohonan baru dan pembaharuan lesen yang lengkap dan penyerahan maklumat yang lengkap seperti berikut:
Permohonan Lesen Baharu:
Kebun kecil dan Estet – 5 hari bekerja;
Lain-lain kategori utama – 15 hari bekerja.
Pembaharuan Lesen – 5 hari bekerja.
Pembinaan kilang (MB) dan tambahan daya pemprosesan (MF) – 30 hari bekerja.
Menyiarkan harga purata produk-produk minyak sawit terpilih pada / sebelum jam 5.00 petang pada setiap hari bekerja dan harga purata bulanan pada / sebelum jam 2.00 petang pada hari pertama bekerja bulan berikutnya;
Menyiarkan maklumat mengenai prestasi bulanan berkaitan penghasilan, stok dan pengeksportan produk-produk minyak sawit terpilih pada 12.30 tengahari setiap 10 haribulan setiap bulan;
Memberi respons kepada sebarang pertanyaan yang disalurkan melalui talian Hotline dalam masa satu minggu;
Permohonan penerbitan dan maklumat berkaitan PALMOILIS akan diproses dalam tempoh tidak melebihi 5 hari bekerja;
Memberi respons kepada sebarang pertanyaan melalui sistem e-Aduan tidak melebihi 14 hari bekerja.Â