Menerajui Inovasi Demi Kemakmuran Industri Sawit

Meraikan 25 Tahun Kecemerlangan

Pada 1 Mei 2025, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan bangga menyambut ulang tahun ke-25 penubuhannya. Ini menandakan 25 tahun kepimpinan, inovasi, dan komitmen yang berterusan dalam memajukan industri minyak sawit Malaysia. Sejak ditubuhkan pada tahun 2000, MPOB telah memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan minyak sawit, bukan hanya sebagai sumber ekonomi yang penting, tetapi juga sebagai industri yang mampan dan diiktiraf di seluruh dunia.

Legasi Inovasi dan Kemajuan yang Berterusan

Sejak ia ditubuhkan, MPOB telah menjadi peneraju dalam memajukan penyelidikan, teknologi, dan dasar minyak sawit. Dengan misi untuk meningkatkan kesejahteraan semua yang terlibat dalam industri ini, MPOB telah menjalankan penyelidikan penting yang telah meningkatkan hasil, memperbaiki kualiti minyak sawit, dan memastikan Malaysia kekal sebagai salah satu pengeluar dan pengeksport minyak sawit terbesar di dunia.

Selama 25 tahun, usaha penyelidikan dan pembangunan MPOB telah menghasilkan penyelesaian baru dalam bidang seperti amalan pertanian yang lebih mesra alam, pengurusan perosak, dan tanaman yang menghasilkan lebih banyak hasil. Semua kemajuan ini telah membantu meningkatkan ekonomi, produktiviti, dan mengurangkan kesan negatif penanaman minyak sawit terhadap alam sekitar.

Anugerah Utama Diterima MPOB

2001
Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Antara Sektor Awam Dengan Sektor Swasta (AIPB)

Commercialization of Production of Red Palm Oil and its Products Rich in Carotenes

Penerima
Dr. Choo Yuen May (MPOB)

2001
Anugerah Saintis Muda Negara

Penerima
Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir (MPOB)

2006
Islamic Development Bank (IDB) Prizes for Science & Technology

Institutions Having Achieved Outstanding Scientific or Technological Contribution to the Development of a Member Country

Penerima
MPOB

2006
Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

Penerima
Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir (MPOB)

2006
Anugerah ‘The Outstanding Young Malaysian’ Kategori Saintifik dan Kemajuan Teknologi

Penerima
Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir (MPOB)

2007
Frost & Sullivan Excellence in Research in The Field of Crop Biotechnology in Asia Pacific

Penerima
Advanced Biotechnology and Breeding Centre (MPOB)

2007
Anugerah Tokoh Pekerja Kebangsaan (Kumpulan Eksekutif)

Penerima
Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir (MPOB)

2008
Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama antara Sektor Awam dengan Sektor Swasta (AIPB)

Oil Palm Motorised Cutter (Cantas TM)
Penerima
En. Abdul Razak Jelani (MPOB)

Pengeluaran Vitamin E Ketulenan Tinggi dari PFAD Diskala Komersial dan Produk-produk Pengguna Berkaitan
Penerima
Dr. Ab. Gapor Md. Top (MPOB)

2010
Frost & Sullivan Global Award Excellence in Research & Innovation

Penerima
MPOB

2014
Merdeka Award

Outstanding Contribution to Science, Technology & Innovation

Penerima
Datuk Dr. Choo Yuen May (MPOB)

2014
JCI Ten Outstanding Young Malaysians (TOYM) Category Scientific and/or Technological Development

Penerima
Dr. Abdul Masani Mat Yunus (MPOB)

2017
Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY)

KATEGORI UTAMA
Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan
Palm-based Chicken Feed Using Premium Palm Kernel Cake (PURAFEX)

Penerima
Pn. Rohaya Mohamed Halim, Dr. Ridzuan Ramli, En. Che Rahmat Che Mat, En. Nu’man Abdul Hadi & Dr. Astimar Abdul Aziz (MPOB)

2017
Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY)

KATEGORI SAGUHATI
Anugerah Usahawan Penyelidik
Palm-based Santan

Penerima
Dr. Zaida Zainal (MPOB)

2018
The Brand Laureate Nation Branding Award

Penerima
MPOB

2018
Green Future Leadership Award

Penerima
MPOB

2018
Anugerah Juruteknologi Negara

Penerima
Pn. Wan Saridah Wan Omar (MPOB)

2019
Green Future Leadership Award

Penerima
MPOB

2019
Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan

Penerima
MPOB

2020
Clarivate South and South East Asia Innovation Award Category Government Research Organisation (Malaysia)

Penerima
MPOB

2020
Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY)

KATEGORI UTAMA
Anugerah Usahawan Penyelidik
Technology Licensing of Epoxidized Methyl Oleate as Palm Based Plasticiser

Penerima
Pn. Zulina Abd Maurad (MPOB)

2022
Anugerah Sains Mahathir Kategori Sumber Asli Tropika

Penerima
Advanced Biotechnology and Breeding Centre (MPOB)

2022
JCI Ten Outstanding Young Malaysians (TOYM) Category Scientific and/or Technological Development

Penerima
Ts. Dr. Nahrul Hayawin Zainal (MPOB)

2022
Anugerah Juruteknik Negara

Penerima
Pn. Siti Hajar Bilal (MPOB)

2024
Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN)

Penerima
MPOB

2024
Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam (MSOSH-CUEPACS)

Penerima
MPOB

2024
Scopus Journal Crème Award 2021/2022 (Science Technology)

Journal of Oil Palm Research (JOPR)

Penerima
MPOB

Anugerah Jubli Perak MPOB

MENDIANG YANG AMAT BERBAHAGIA TUN DR. LIM KENG YAIK

Sumbangan besar dalam sektor komoditi khususnya industri sawit Malaysia melalui khidmat bakti sebagai Menteri Perusahaan Utama sejak tahun 1986 sehingga tahun 2004. YABhg. Tun Dr. Lim Keng Yaik menerajui kementerian semasa penubuhan MPOB melalui penggabungan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan Lembaga Pendaftaran dan Perlesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA) pada tahun 2000. Di bawah kepimpinan beliau, MPOB menjadi agensi utama dalam penyelidikan dan pengawalan industri sawit, seterusnya mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport utama minyak sawit dunia. 

Dalam era kepimpinan beliau, MPOB telah memberi sumbangan penting bagi pembangunan dan kemajuan industri sawit merentasi keseluruhan rantaian industri. Kemajuan penyelidikan biodiesel telah merealisasikan penggunaan biodiesel sebagai bahan api alternatif yang mesra alam. Loji Rintis Biodiesel Sawit pertama di Malaysia ditubuhkan dan seterusnya pembinaan loji biodiesel di Malaysia termasuk menggunakan teknologi watan yang dibangunkan oleh penyelidik MPOB. 

Inisiatif kementerian dan MPOB melalui pelaksanaan adunan biodiesel sawit bersama diesel petroleum, dan pelaksanaan Skim Insentif Tanam Semula (SITS) kepada penanam sawit bagi penebangan pokok sawit tua telah mewujudkan mekanisme bagi menstabilkan harga sawit di pasaran. Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada pekebun kecil sawit yang bergantung pendapatan daripada kebun kecil. 

Penggubalan Visi 35:25, pencapaian 35 tan hasil buah sawit dan 25% kadar perahan minyak (OER) yang dipelopori oleh YABhg. Tun semasa kepimpinan beliau telah meningkatkan usaha bagi peningkatan produktiviti dalam industri sawit. Bagi peningkatan produktiviti industri, tumpuan juga kepada pematuhan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan peningkatan kualiti keluaran sawit. 

Kejayaan dan sumbangan penting YBhg. Tun dalam menangkis Kempen Anti Minyak Sawit oleh pihak barat yang mengaitkan minyak sawit dengan kesihatan manusia. Dengan penemuan saintifik hasil penyelidikan, kementerian, MPOB dan sokongan pemain industri telah berjaya menangkis tohmohan negatif yang membawa kepada peningkatan eksport minyak sawit ke pasaran dunia.

YBHG. TAN SRI DATUK DR. YUSOF BASIRAN

YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Yusof Basiran merupakan tokoh unggul yang telah mencurahkan khidmat bakti dan menyumbang kepada kemajuan industri sawit negara. Dilantik sebagai Ketua Pengarah MPOB yang pertama pada 1 Mei 2000 sehingga bersara pada tahun 2006, beliau meneruskan legasi kepimpinan penyelidikan dan pelaksanaan aktiviti kawal selia industri bagi memastikan industri sawit berkembang dengan teratur. 

Dibawah teraju kepimpinannya, MPOB telah mengorak langkah mempertingkatkan penyelidikan dan inovasi bagi pembangunan dan kemajuan industri sawit negara melalui pendekatan penyelidikan serampang tiga mata ‘three pronged strategy’ meliputi sektor huluan, pertengahan dan hiliran. 

Pada era beliau, MPOB memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti penyelidikan bagi menyokong aktiviti pengkomersialan teknologi melalui penubuhan Palm Oil Miling Technology Centre (POMTEC), Pusat Teknologi Biojisim, Pusat Kejenteraan Ladang, loji rintis dan makmal bagi penyelidikan bioteknologi, biodiesel, oleokimia dan pemakanan. 

Bagi memperkasakan keupayaan pekebun kecil sawit persendirian, MPOB telah menubuhkan Pusat Tunjuk Ajar Sawit (TUNAS) pada tahun 2002 yang menempatkan pegawai khidmat pengembangan bagi penanaman sawit dan pemindahan teknologi kepada pekebun kecil sawit. Beliau turut memperkasakan bidang penyelidikan oleokimia yang membawa kepada penubuhan Bahagian Penyelidikan Kemajuan Teknologi Oleokimia pada tahun 2004. 

Beliau juga mempelopori penubuhan Palm Oil Research and Technical Service Institute of MPOB (PORTSIM) di Shanghai, China bagi menjalankan penyelidikan minyak sawit bagi menggalakkan penggunaan minyak sawit di China dan memperluaskan pasaran minyak sawit ke pasaran antrabangsa. Sepanjang perkhidmatannya, beliau mengetuai dan menyertai pelbagai rundingan di peringkat antarabangsa dalam mempertahankan kepentingan industri sawit negara, menjadikan beliau antara tokoh terpenting dalam pemerkasaan industri sawit negara. 

Atas pencapaian dan sumbangan besar YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Yusof Basiran, beliau kekal menjadi inspirasi kepada generasi baharu dalam bidang sains, pengurusan dan pembangunan industri sawit. Beliau bukan sahaja seorang teknokrat terbilang, malah pemimpin berwawasan yang telah membina asas kukuh bagi kemajuan MPOB dan industri strategik negara.

EN. ROSLI ABDUL RAHMAN

En. Rosli Abd Rahman seorang pekebun kecil sawit dari Pontian, Johor. Berusia 53 tahun, memiliki kelulusan akademik Ijazah Sarjana Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Sebelum menceburi bidang pertanian, beliau berkhidmat sebagai Eksekutif Amanah Saham di sektor swasta selama lebih 12 tahun. Beliau mengambil keputusan berani meninggalkan kerjaya profesional pada tahun 2006 untuk berkecimpung dalam bidang pertanian dengan menguruskan kebun sawit pusaka keluarganya seluas 12 hektar termasuk 2.615 hektar milik sendiri. 

Bermula tanpa asas dalam pertanian, beliau gigih menimba ilmu melalui bimbingan Pegawai MPOB dan agensi lain. Selain tanaman sawit, beliau turut menjalankan integrasi tanaman seperti rosel dan pisang sebagai sumber pendapatan tambahan. 

Bagi meningkatkan pengetahuan dalam tanaman sawit, beliau juga menyertai Program Duta Pekebun Kecil Sawit Lestari Siri 2/2022 & Siri 2/2023 anjuran Procter & Gamble (P&G), satu inisiatif untuk memperkasa pekebun kecil dalam mengamalkan pertanian sawit yang mampan. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang duta komuniti bagi mewakili suara pekebun kecil di peringkat lapangan. Perlantikan sebagai duta membolehkan beliau memainkan peranan penting dalam berkongsi maklumat bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pekebun kecil mengenai amalan pertanian lestari, memahami proses pensijilan mampan serta kehendak pasaran global termasuk pematuhan kepada Peraturan Deforestasi Kesatuan Eropah (EUDR). 

Beliau turut menjadi contoh pekebun kecil yang mengamalkan prinsip kelestarian dalam penanaman sawit, di samping membantu rakan pekebun kecil memahami proses pensijilan dan keperluan pasaran global. Kejayaan beliau terserlah melalui pensijilan MSPO, penglibatan aktif dalam pelbagai program seperti Duta Pekebun Kecil Lestari anjuran Procter & Gamble (P&G), dan pelbagai kursus lapangan anjuran MPOB. 

Beliau mengamalkan gaya hidup aktif, menyertai maraton yang menyerlahkan disiplin dan keseimbangan hidup. Moto hidup beliau, “Untuk bermula bukanlah kerana mahu menjadi hebat, tetapi untuk menjadi hebat, kita perlu bermula,” mencerminkan semangat dan dedikasi yang membawanya ke tahap hari ini. Pencapaian beliau boleh dijadikan contoh dan inspirasi kepada pekebun kecil dan generasi muda yang ingin menceburi sektor pertanian secara profesional.

DR. N. RAJANAIDU

Dr. N. Rajanaidu berkelulusan Ph.D. (Genetik) dari University of Birmingham, United Kingdom. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah dilantik memegang jawatan penting antaranya sebagai Ketua Kumpulan Pembiakan Sawit dan Ketua Bioteknologi dan Pembiakan serta Felo Penyelidik Kanan. Berpengalaman selama lebih lima puluh tahun sebagai pakar dalam pembiakan (breeder) kelapa sawit dan memberi perkhidmatan sebagai perunding kepada beberapa syarikat di dalam dan luar negara.

Beliau antara perintis aktiviti eksplorasi dan pengumpulan genetik sawit di habitat asal (Afrika dan Amerika Selatan). Bermula pada tahun 1970an, beliau mengetuai misi ke Nigeria dan negara-negara Afrika lain untuk membawa masuk bahan genetik sawit ke Malaysia. Koleksi germplasma yang dikumpul dari serata dunia terutama dari benua Afrika dan negara Amerika Selatan menyumbang kepada penyelidikan biak baka yang memberi manfaat kepada perkembangan dan kemajuan industri sawit dengan terhasilnya baka sawit unggul serta tanaman elit. 

Usaha beliau turut menyumbang penubuhan repositori bank gen sawit di Malaysia di Stesen Penyelidikan MPOB Kluang yang menyedia rujukan untuk generasi masa depan dan berpotensi menjadi khazanah negara. 

Jasa dan sumbangan beliau dalam industri sawit telah menerima pelbagai pengiktirafan di MPOB dan anugerah di dalam dan luar negara termasuk Palm Oil Leadership Award (PILA) pada 2016.

Program
Tarikh

Edisi Khas Warta Sawit - Kejayaan MPOB 25 Tahun

April 2025

Malam Gala Jubli Perak

2 Mei 2025

Pelancaran Rasmi Sambutan 25 Tahun MPOB

2 Mei 2025

Pertandingan Video Kreatif

Mac - 30 Jun 2025

Hari Terbuka Ulang Tahun Ke-25 Tahun MPOB

2 Ogos 2025

Program MPOB Race Bersempena Sambutan Ulang Tahun MPOB 25 Tahun

2 Ogos 2025

Program Treasure Hunt Bersempena Sambutan 25 Tahun MPOB

2 Ogos 2025

Datuk-Parveez-photo1

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah rahmat dan kurnia-Nya, kita diberi kesempatan untuk meraikan detik penuh bersejarah Sambutan Jubli Perak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), 25 tahun kecemerlangan dalam menerajui pembangunan dan kemajuan industri sawit negara.

Sejak penubuhannya pada tahun 2000, MPOB berperanan sebagai tunjang utama dalam penyelidikan, pengawalseliaan, inovasi teknologi dan telah melakar pelbagai kejayaan besar menjana kemajuan industri sawit. Penghasilan teknologi bernilai tinggi hingga pengkomersialan hasil R&D, penetapan piawaian kualiti dan kawal selia telah mencipta satu ekosistem yang mendorong industri sawit untuk kekal kompetitif, berdaya saing dan mampan di peringkat global.

Bertemakan ’Menerajui Inovasi Demi Kemakmuran Industri Sawit’, sambutan 25 tahun MPOB mencerminkan komitmen jitu dalam meneruskan legasi kecemerlangan berasaskan inovasi. Sehingga kini, lebih 200 teknologi yang dibangunkan MPOB telah berjaya dikomersialkan dengan nilai pasaran mencecah RM5.9 bilion, menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan dalam rantaian industri sawit serta memperkukuh daya saing negara.

Sepanjang 25 tahun lalu, MPOB telah merangkul pelbagai pengiktirafan melalui anugerah berprestij seperti Anugerah Sains Mahathir Kategori Sumber Asli Tropika 2022, Anugerah Majikan Prihatin 2019, Merdeka Award 2014, Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Antara Sektor Awam Dengan Sektor Swasta (AIPB) 2008 & 2001 dan Islamic Development Bank (IDB) Prizes for Science & Technology 2006 membuktikan keupayaan MPOB sebagai peneraju penyelidikan, inovasi, dan pemindahan teknologi dalam industri sawit global.

Sempena sambutan bersejarah ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga MPOB, dahulu dan kini, atas dedikasi, integriti dan semangat kerja berpasukan yang menjadi tonggak kejayaan MPOB. Terima kasih juga kepada semua penggiat industri, persatuan dalam industri dan rakan strategik dalam dan luar negara atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan misi dan visi MPOB.

Sambutan ulang tahun ke-25 MPOB bukan sekadar perayaan kejayaan masa lalu, tetapi lebih penting bagi memperteguh iltizam, memperbaharui semangat dalam meneroka masa depan industri sawit yang inovatif, inklusif dan mampan.

Sekian, terima kasih.

Printed Publication SPOTME Number of Online Services