Unit Pendakwaan & Penggubalan
Objektif
- Memberi nasihat undang-undang yang berkualiti dan tepat dengan merujuk kepada perundangan & dasar MPOB serta undang-undang semasa demi kepentingan terbaik industri sawit Malaysia.
- Melaksanakan pendakwaan dan prosiding jenayah di mahkamah untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang yang berkuat kuasa, sekali gus melindungi kepentingan industri sawit Malaysia dan orang awam.
Fungsi
- Memberi nasihat undang-undang kepada Bahagian Pelesenan & Penguatkuasaan.
- Melaksanakan pendakwaan terhadap kesalahan di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) dan peraturan-peraturan subsidiarinya.
- Melaksanakan semakan dan kajian terhadap Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 dan peraturan-peraturan subsidiarinya.
- Menyelia pengendalian kes-kes sivil oleh peguam panel MPOB.
Aktiviti
Aktiviti Unit Pendakwaan & Penggubalan termasuk:
- Pendakwaan terhadap kesalahan di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 dan peraturan-peraturan subsidiarinya.
- Penggubalan dan pindaan undang-undang di bawah bidang kuasa Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 dan peraturan-peraturan subsidiarinya.