Unit Teknologi Makanan dan Makanan Ternakan
- Pendahuluan
- Kumpulan Penyelidik
Unit Teknologi Makanan dan Makanan Ternakan (FFT) terdiri daripada dua kumpulan penyelidikan iaitu Kumpulan Teknologi Makanan (FTG) dan Kumpulan Penyelidikan Makanan Ternakan (FRG). FFT menekankan kepelbagaian dan fungsi minyak sawit sebagai minyak premium melalui pembangunan produk baharu dan inovatif. Unit ini menjalankan penyelidikan dalam bidang utama seperti aplikasi minyak dan lemak dalam produk makanan, pembangunan formulasi makanan bebas trans, dan makanan ternakan menggunakan biojisim berasaskan sawit seperti dedak isirung sawit (PKC).
Kumpulan Teknologi Makanan (FTG) menekankan aplikasi dan pengoptimuman minyak sawit serta pecahannya dalam penghasilan makanan dan minuman, termasuk marjerin, shortening, aiskrim, sos salad, mayonis, pengganti lemak haiwan, coklat, produk emulsi, bakeri, keju analog, gula-gula, produk vegan dan banyak lagi. Selain itu, FTG turut memfokuskan kepada penyelidikan dalam memperkayakan dan memperkukuh produk makanan dan minuman dengan fitonutrien sawit seperti Vitamin E (tokofeol dan tokotrienol) dan karotena.
Kumpulan Penyelidikan Makanan Ternakan (FRG) memberi tumpuan terhadap usaha mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah import serta mengoptimumkan penggunaan produk dan/atau hasil sampingan kelapa sawit dalam formulasi makanan ternakan. Selain itu, kumpulan ini juga menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan nilai pemakanan dengan menukar hasil sampingan kelapa sawit kepada ramuan makanan ternakan gred premium.
Minyak sawit mengandungi nisbah seimbang antara asid lemak tepu dan tidak tepu. Ia boleh difraksikan kepada pelbagai komponen dengan ciri-ciri berbeza untuk aplikasi makanan yang memenuhi keperluan pengguna global. Fraksi olein sawit sangat stabil pada suhu tinggi, menjadikannya pilihan paling sesuai sebagai minyak menggoreng.
Kemudahan Kami
|
|
|
| Loji Perintis | Makmal | Kajian Makanan Ternakan |
|---|---|---|
|
|
|
- Kumpulan Teknologi Makanan (FTG)
- Kumpulan Penyelidikan Makanan Ternakan (FRG)