Unit Pembangunan Produk Sintesis
- Pendahuluan
- Kumpulan Penyelidik
Misi
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan derivatif oleokimia lestari serta produknya dengan penekanan khas kepada polimer, komposit dan bahan kimia khas melalui strategi penambahan nilai bagi menyokong industri hiliran oleokimia.
Objektif
- Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk inovasi derivatif oleokimia berprestasi tinggi dan lestari yang didorong oleh sains dan teknologi cemerlang.
- Mengaplikasikan ekonomi kitaran bagi pembangunan lestari produk boleh diperbaharui berasaskan pasaran melalui pendekatan antara disiplin.
Bidang Penyelidikan Strategik
- Inovasi dan penghasilan pelbagai jenis poliol berasaskan bio yang baharu untuk formulasi poliuretana.
- Pembangunan produk polimer dan komposit berprestasi tinggi untuk pasaran pengguna dan industri.
- Inovasi dan penghasilan bahan kimia khas berasaskan oleo iaitu surfaktan, derivatif estolid dan derivatif gliserol.
- Penubuhan proses yang berskala dan lestari untuk pengeluaran bahan kimia halus.
- Pengkonsepsian inovasi ekonomi kitaran bagi mengurangkan sisa dan memaksimumkan nilai produk yang dibangunkan melalui peredaran semula minyak sawit dan produk berasaskan sawit.
Kumpulan Polimer dan Komposit
Objektif
- Membangunkan kaedah yang serba boleh dan menjimatkan untuk penukaran minyak sawit, oleokimia asas dan derivatifnya kepada pelbagai kelas poliol baharu berasaskan bio.
- Menggunakan poliol berasaskan bio yang telah dibangunkan dalam pelbagai aplikasi polimer dan komposit.
Kumpulan Bahan Kimia Khas
Objektif
- Membangunkan dan mengkomersialkan bahan kimia berasaskan sawit yang bernilai tambah.