Mekanisasi & Kejuruteraan

Pengenalan

Unit Mekanisasi dan Kejuruteraan (MEU) bertanggungjawab melaksanakan aktiviti R&D&C dalam mekanisasi ladang untuk industri sawit. Unit ini terdiri daripada jurutera dan teknologis berdedikasi dengan latar belakang kepakaran yang berbeza. Terletak di Stesen Penyelidikan MPOB/UKM di Bangi, Selangor dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan serta kemudahan kejuruteraan, unit ini beroperasi sepenuhnya untuk memberi khidmat kepada industri melalui inovasi dan perkhidmatan mereka.

Misi

Untuk memekanisasi operasi ladang bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh, meningkatkan produktiviti dan menjadikan operasi ladang lebih mesra alam.

Bidang Penyelidikan Strategik
  • Pembangunan mesin dan sistem bagi mengatasi kekurangan buruh serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
  • Pengenalan mesin yang ekonomik dan berdaya maju dari segi teknologi dengan matlamat untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan tenaga kerja.
  • Memudah cara pembangunan teknologi mekanisasi ladang di Malaysia.
  • Penambahbaikan sistem mekanisasi melalui kesedaran tentang peralatan semasa yang tersedia di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • Pemindahan teknologi melalui demonstrasi lapangan jangka panjang, seminar khusus mengenai mekanisasi, pembentangan dan pengumpulan data.
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan teknikal berkaitan mekanisasi sawit.

Kumpulan Mekanisasi Ladang

Objektif

  • Untuk memekanisasi operasi ladang sawit dengan penekanan kepada aktiviti penuaian, pengangkutan BTS dan pengumpulan buah lerai.
  • Untuk menyebarkan maklumat melalui latihan teknikal, seminar dan demonstrasi lapangan.
Kumpulan Automasi dan Kejuruteraan

Objektif

  • Untuk mempromosi dan mengaplikasikan pendekatan kejuruteraan termaju bagi pembangunan jentera ladang masa depan.
  • Untuk mengadaptasi teknologi IR 4.0 dalam operasi mekanisasi sawit.
  • Untuk menyebarkan maklumat melalui latihan teknikal, seminar dan demonstrasi lapangan.

Printed Publication SPOTME Number of Online Services