Unit Penguatkuasaan

Objektif

Untuk memastikan tatakelakuan yang betul dan pematuhan terhadap keperluan bagi membangunkan serta memajukan industri sawit melalui:

  • Melaksanakan pemeriksaan dan siasatan terhadap kes-kes ketidakpatuhan
  • Mengawal selia industri melalui tindakan punitif dan pencegahan
  • Melengkapkan usaha dalam meningkatkan produktiviti dan penambahbaikan kualiti industri
Fungsi

Untuk menguatkuasakan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) dan perundangan subsidiarinya:

  • Menyelia pelaksanaan prosedur pematuhan dan siasatan penguatkuasaan
  • Merangka dan menyemak semula prosedur penguatkuasaan
  • Melaksanakan aktiviti sokongan, pencegahan dan penyiasatan
Aktiviti

Bertanggungjawab memastikan pertumbuhan industri sawit yang sihat dan teratur melalui pematuhan terhadap undang-undang:

  • Menguatkuasakan Akta 582 dan perundangan subsidiarinya
  • Mengawal selia pematuhan dan memastikan prosedur penguatkuasaan dilaksanakan secara cekap
  • Merangka dan menyemak semula prosedur ke arah penguatkuasaan yang berkesan
  • Melaksanakan penguatkuasaan yang seimbang dengan tindakan tegas dan program pencegahan

Printed Publication SPOTME Number of Online Services