Unit Kawalan Kualiti
Objektif
Untuk memastikan pertumbuhan sihat industri sawit serta pelaksanaan dan pematuhan terhadap keperluan serta peraturan undang-undang melalui:
- Mengawal selia jaminan kualiti produk sawit
- Penguatkuasaan amalan kawalan kualiti
- Penguatkuasaan ke atas perkhidmatan profesional
Fungsi
Sebagai unit yang bertanggungjawab memastikan pembangunan industri yang sihat, Unit Kawalan Kualiti akan mengawal selia industri sawit melalui:
- Penguatkuasaan Akta dan perundangan subsidiari
- Mengawal selia pematuhan terhadap amalan dan prosedur kawalan kualiti
- Mengawal selia kawalan kualiti dan jaminan kualiti produk sawit
Aktiviti
Aktiviti Unit Kawalan Kualiti:
- Pemantauan kawalan kualiti terhadap produk sawit di Kilang Penapis (RF), Kilang Penukaran (CF), Kilang Penapisan (MF) dan Peniaga Minyak (DO) untuk pematuhan kawalan kualiti
- Penyeliaan kawalan kualiti terhadap aktiviti perkhidmatan Juruukur (UK) dan Makmal Bebas (LB)
- Penyeliaan kualiti yang teliti terhadap produk sawit untuk perdagangan tempatan, eksport dan import
- Melaksanakan program peningkatan kecekapan industri seperti Kursus & Peperiksaan Juruukur Produk Sawit MPOB dan Kursus & Peperiksaan Penggredan Buah Sawit
- Pendaftaran Juruukur Bertauliah dan Penggred Buah Sawit Bertauliah