Unit Penguatkuasaan
Objektif
Untuk memastikan tatakelakuan yang betul dan pematuhan terhadap keperluan bagi membangunkan serta memajukan industri sawit melalui:
- Melaksanakan pemeriksaan dan siasatan terhadap kes-kes ketidakpatuhan
- Mengawal selia industri melalui tindakan punitif dan pencegahan
- Melengkapkan usaha dalam meningkatkan produktiviti dan penambahbaikan kualiti industri
Fungsi
Untuk menguatkuasakan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) dan perundangan subsidiarinya:
- Menyelia pelaksanaan prosedur pematuhan dan siasatan penguatkuasaan
- Merangka dan menyemak semula prosedur penguatkuasaan
- Melaksanakan aktiviti sokongan, pencegahan dan penyiasatan
Aktiviti
Bertanggungjawab memastikan pertumbuhan industri sawit yang sihat dan teratur melalui pematuhan terhadap undang-undang:
- Menguatkuasakan Akta 582 dan perundangan subsidiarinya
- Mengawal selia pematuhan dan memastikan prosedur penguatkuasaan dilaksanakan secara cekap
- Merangka dan menyemak semula prosedur ke arah penguatkuasaan yang berkesan
- Melaksanakan penguatkuasaan yang seimbang dengan tindakan tegas dan program pencegahan