Teknologi Biomas
- Pendahuluan
- Kumpulan Penyelidik
- Perkhidmatan yang Ditawarkan
Objektif
- Menerajui penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan lestari bagi hasil sampingan yang diperoleh daripada industri sawit.
Bidang Penyelidikan Strategik
- Rantaian bekalan dan ketersediaan biomas kelapa sawit
- Pencirian fizikal, mekanikal dan kimia bagi gentian yang diperoleh daripada biomas kelapa sawit
- Penggunaan dan rawatan efluen kilang minyak sawit (POME)
- Produk hijau daripada biomas (contohnya arang, karbon teraktif, baja kompos bio, baja bio, dll.)
- Biopemprosesan biomas
- Kimia halus daripada komponen selulosa, hemiselulosa dan lignin
- Produk bio-komposit seperti komposit karbon, nano-komposit, papan gentian ketumpatan tinggi (HDF), dll.
- Pengkomersialan teknologi dalam biopemprosesan, pemprosesan kejuruteraan dan produk bio
Kumpulan Pembangunan Produk Hijau
Objektif
- Membangunkan teknologi baharu atau yang sedang muncul bagi penggunaan hasil sampingan dan biomas kelapa sawit melalui teknologi biopemprosesan enzimatik dan mikrobial;
- Membangunkan teknologi/kaedah mesra alam sekitar dengan memperkenalkan pelarut hijau untuk penghasilan bahan kimia halus.
Kumpulan Teknologi Pemprosesan Biomas
Objektif
- Meningkatkan penukaran bahan biomas bernilai rendah kepada produk bernilai tinggi seperti bio-komposit, bio-resin dan bahan pembungkusan;
- Menambah baik teknologi pemprosesan primer dan sekunder termasuk pengumpulan dan pemprosesan bahan biomas dari ladang hingga ke loji komersial.
Pembangunan Produk Hijau
1. Loji Perintis Arang dan Karbon Teraktif
Pekarbonan ialah proses yang terkenal dan digunakan secara meluas untuk menghasilkan arang atau bioarang. Sumber yang boleh diproses termasuk semua jenis sisa biojisim sawit serta sisa boleh diperbaharui yang lain. Arang/bioarang boleh digunakan sebagai baja semula jadi, perapi tanah, bahan api dan bahan penyerap, oleh itu teknologi pe-karbonan biojisim menyediakan penyelesaian serentak kepada pengurusan sisa, pertanian, alam sekitar dan tenaga. Pelbagai jenis teknologi pe-karbonan ditawarkan merangkumi skala kecil, sederhana dan besar, seperti berikut:
a. Sistem Pekarbonan Kubah Tertutup (Sistem Taki)
- Terletak di Stesen Penyelidikan MPOB Kluang, Johor;
- Sistem pemanasan konvensional menggunakan sisa kayu tropika sebagai bahan api;
- Terdiri daripada dua relau yang boleh mekarbonkan sejumlah 2.24 tan biojisim sawit dalam setiap pusingan;
- Hasilnya ialah 30% iaitu sebanyak 0.67 tan arang dihasilkan;
- Dilengkapi cerobong setinggi 8m dan tangki pengumpulan cuka kayu (diameter = 1 m, tinggi = 2.1 m);
- Sistem keseluruhan ini terletak dalam kawasan seluas 240 m2
Sistem Pekarbonan Kubah Tertutup |
b. Sistem Pekarbonan Berterusan
- Terletak di Stesen Penyelidikan MPOB-UKM, Bangi Lama, Selangor;
- Dibina bagi mempertingkatkan proses keseluruhan sistem pe-karbonan kubah tertutup sebelum ini;
- Mampu mekarbonkan sehingga 2 tan biojisim sawit sehari secara berterusan;
- Menghasilkan 100 kg arang sehari atau 33 tan setahun berdasarkan hari bekerja 8 jam;
- Menggunakan pembakar untuk menyalakan dan memanaskan selama 2 jam sehingga mencapai suhu yang ditetapkan, kemudian pemanas dihentikan dan biojisim akan terbakar sendiri (proses eksotermik) sepanjang proses;
- Reaktor ini mampu menahan suhu melebihi 700°C.
Sistem Pekarbonan Berterusan |
c. Sistem Pengaktifan Pekarbonan (Sistem Dua-dalam-Satu)
- Reaktor pengkarbonan-pengaktifan berpenebat dua kali dibangunkan bagi menghasilkan karbon teraktif dengan hasil dan luas permukaan yang tinggi;
- Reaktor ini berbentuk segi empat diperbuat daripada keluli tahan karat, dipanaskan dengan pembakaran diesel menggunakan pembakar;
- Dilengkapi dengan penjana stim untuk menghasilkan stim pada suhu 170°C semasa proses pengaktifan;
- Reaktor ini dibina menggunakan bahan tahan alkali dan disalut keluli tahan karat setebal 10 mm yang mampu menahan suhu maksimum sehingga 1400°C.
Sistem Pekarbonan dan Pengaktifan Dua-dalam-Satu |
2. Makmal Ujian Produk dan Analisis
Kami menyediakan perkhidmatan analisis menggunakan pelbagai peralatan untuk mengenal pasti ciri-ciri biojisim sawit. Peralatan yang digunakan termasuk:
a. Mikroskop Imbasan Elektron (SEM) dengan EDX Hitachi S-3400N
Hitachi S-3400N SEM ialah mikroskop imbasan elektron berprestasi tinggi dan mesra pengguna dengan penambahbaikan terkini yang membolehkan hasil terbaik untuk pelbagai aplikasi.

b. Spektrometer Inframerah Transformasi Fourier (FTIR)(Frontier)
FTIR digunakan untuk mengenal pasti bahan organik (dan sesetengah bahan bukan organik), termasuk sebatian polimer. Kaedah ini mengukur penyerapan gelombang inframerah oleh bahan tertentu.

c. Penganalisis Terma Graviti (TGA)(Pyris 6)
TGA Pyris 6 daripada PerkinElmer ialah sistem mudah digunakan untuk aplikasi jaminan kualiti dan pendidikan. Ia menyediakan ciri yang meningkatkan kemudahan operasi, produktiviti dan kebolehpercayaan.

d. Viscometer (Pengukuran Kelikatan)
Viskometer digunakan untuk mengukur kelikatan cecair dalam satu keadaan aliran sahaja.

e. Spektrometer UV-Vis
Spektroskopi UV–Vis digunakan dalam kimia analitikal untuk penentuan kuantitatif bahan seperti ion logam peralihan, sebatian organik dan makromolekul biologi.

f. Penganalisis Luas Permukaan BET
Analisis BET memberikan penilaian luas permukaan spesifik bahan menggunakan penjerapan nitrogen. Perkhidmatan ini ditawarkan di Stesen Penyelidikan MPOB-UKM, Bangi Lama.
