Unit Pembangunan Produk Oleokimia

Misi

Menjalankan R&D bagi pembangunan produk pengguna mampan yang menggunakan bahan berasaskan sawit dengan tujuan untuk meningkatkan nilainya.

Objektif

Menjalankan R&D dan membangunkan produk pengguna baharu atau khusus yang mampan dengan menggunakan bahan berinovatif berasaskan sawit.

Bidang Penyelidikan Strategik
  1. Penggunaan oleokimia asas, derivatif oleo dan bioaktif sawit untuk pembangunan produk kosmetik & penjagaan diri serta produk isi rumah;
  2. Pembangunan sistem penghantaran inovatif bagi produk kosmeseutikal, farmaseutikal dan agrokimia;
  3. Menetapkan keselamatan & keberkesanan bioaktif sawit dan meneroka potensi penuhnya dalam produk pengguna.

Kumpulan Pembangunan Produk Pengguna

Objektif

  1. Menjalankan R&D dan menambah nilai produk pengguna (daripada produk baharu/khas dan khusus kepada produk mudah guna) yang mengandungi bahan/material berasaskan sawit.
  2. Meneroka dan membangunkan penggunaan bahan oleokimia asas dalam segmen produk baharu/khas dan yang belum diterokai.
  3. Menggalakkan penggunaan derivatif oleokimia dalam produk pengguna.

Penilaian Keselamatan & Keberkesanan

  1. Menjalankan R&D berkaitan penilaian prestasi bahan/produk berasaskan sawit, termasuk penilaian dari segi keselamatan dan keberkesanan.

Perkhidmatan Ditawarkan





Perkhidmatan OPD


Untuk sebut harga bagi perkhidmatan ujian dan maklumat lanjut, sila hubungi:


Pn. Nor Zuliana Yusof
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Bahagian Teknologi Oleokimia Termaju
No.6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi
43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Tel: +603-87694293
E-mel: zuliana@mpob.gov.my

Printed Publication SPOTME Number of Online Services