Press Release – Malaysian Palm Oil Board

MPOB lancar GeoSAWITTM, perkukuh ketelusan dan kebolehjejakan industri sawit Malaysia
SIARAN MEDIA

Untuk Siaran Segera

MPOB lancar GeoSAWITTM, perkukuh ketelusan dan kebolehjejakan industri sawit Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2026 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini melancarkan Portal GeoSAWITTM, sebuah platform geospatial nasional yang memetakan dan mengesahkan lokasi serta sempadan tanaman sawit di seluruh negara, meliputi ladang estet dan pekebun kecil.

Pelancaran GeoSAWITTM pada Majlis Anugerah Industri Sawit Malaysia (AISM) 2025/2026 di Kuala Lumpur menjadi satu lagi langkah penting dalam usaha mendigitalkan rantaian industri sawit serta memperkukuh ketelusan, kebolehjejakan dan tadbir urus industri berasaskan data.

Menurut Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, pelaksanaan sistem kebolehjejakan seperti Sawit Intelligent Management System (SIMS) dan GeoSAWITTM perlu dilihat bukan sekadar sebagai keperluan pematuhan atau usaha membina kredibiliti, tetapi juga sebagai sebahagian daripada strategi penjenamaan minyak sawit Malaysia di pasaran global.

“Kita mahu minyak sawit Malaysia dikenali bukan sahaja kerana kualiti yang tinggi, tetapi juga cara industri sawit Malaysia yang diurus secara bertanggungjawab dan telus,” katanya ketika merasmikan Majlis AISM 2025/2026.

GeoSAWITTM membolehkan MPOB memperoleh data yang lebih tepat mengenai landskap tanaman sawit negara yang seterusnya boleh dimanfaatkan bagi pemantauan penggunaan tanah, penilaian risiko serta menyokong keperluan pematuhan pasaran.

Pengerusi MPOB, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha, berkata ketepatan dan kebolehpercayaan data amat penting dalam memperkukuh sistem pemantauan dan kebolehjejakan industri.

“Data yang lebih tepat membawa kepada keputusan yang lebih baik. Inilah yang akan membantu kita memperkukuh ketelusan, kebolehjejakan dan tadbir urus industri berasaskan data, sekali gus menyokong usaha memastikan minyak sawit Malaysia terus diyakini dan berdaya saing di pasaran global,” katanya.

Beliau berkata inisiatif digital seperti GeoSAWITTM turut membantu industri, khususnya pekebun kecil dalam memenuhi keperluan pasaran antarabangsa yang semakin menekankan aspek ketelusan, kebolehjejakan dan kemampanan.

Pelancaran GeoSAWITTM turut melengkapi SIMS, yang merupakan sebahagian daripada pendekatan digital MPOB bagi memperkukuh sistem kebolehjejakan rantaian bekalan sawit negara.

Pada majlis yang sama, YB Menteri turut menyampaikan Anugerah Industri Sawit Malaysia (AISM) 2025/2026 kepada penggiat industri yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek termasuk produktiviti, teknologi dan automasi, pematuhan peraturan, pasaran produk serta kemampanan.

Sebanyak 36 pemenang daripada 12 kategori menerima pengiktirafan melibatkan sektor huluan, pertengahan dan hiliran, selain Anugerah Khas Rakan Strategik dan Anugerah Pengeksport Produk Sawit.

AISM yang diadakan setiap dua tahun merupakan platform pengiktirafan Kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan MPOB kepada penggiat industri yang menunjukkan kecemerlangan di sepanjang rantaian industri sawit.

Menurut Menteri KPK, kecemerlangan industri sawit tidak lagi boleh diukur berdasarkan produktiviti atau jumlah pengeluaran semata-mata. Sebaliknya industri ini perlu dipacu oleh teknologi, inovasi, kecekapan pengurusan, tadbir urus dan kemampanan.

Beliau berkata industri sawit Malaysia perlu terus bergerak daripada sekadar menghasilkan komoditi kepada penghasilan produk bernilai tinggi, di samping memanfaatkan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan nilai ekonomi industri.

“Semakin tinggi nilai yang dapat kita hasilkan daripada setiap tan minyak sawit mentah, semakin tinggi nilai ekonomi yang dapat kita sumbangkan kepada negara, seterusnya dan memberi manfaat yang lebih kepada rakyat,” katanya.

Majlis AISM 2025/2026 turut mencerminkan komitmen berterusan MPOB dan industri untuk memastikan minyak sawit Malaysia kekal berkualiti, mampan, berdaya saing dan diyakini di pasaran global.

Program Pemimpin Bersama Warga Kampung Kemabong Lama, Tenom, Sabah
SIARAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

RM4.2 juta perkukuh kemudahan jalan untuk pekebun kecil dan penduduk Kemabong

TENOM, 25 September 2026 – Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah meluluskan 14 projek Jalan Ladang Pekebun Kecil di daerah Tenom, Kemabong dan Keningau sebagai projek tambahan dengan peruntukan berjumlah RM3.9 juta.

Kerajaan turut meluluskan RM300,000 bagi melebarkan jalan konkrit yang menghubungkan Kampung Kemabong Lama dengan Kampung Kemabong Baru. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, kemudahan jalan yang baik penting untuk memudahkan pergerakan pekebun kecil ke kebun, mempercepatkan urusan membawa keluar hasil tuaian serta menjadikan perjalanan harian penduduk lebih selamat.

“Apabila urusan ke kebun menjadi lebih mudah, hasil dapat dibawa keluar dengan lebih cepat. Kemudahan yang lebih baik juga boleh membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Warga Kampung Kemabong Lama, di sini hari ini.

Pada program tersebut, Kementerian bersama-sama MPOB turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM7,300 kepada Sekolah Kebangsaan Kemabong bagi membangunkan Kelas Interaksi Digital Sekolah atau KIDS. Sumbangan pakaian sekolah turut disampaikan kepada 50 murid yang memerlukan.

Dalam pada itu, Noraini berkata, penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan atau KPSM terus membuka ruang kepada pekebun kecil untuk mengurangkan kos, mendapatkan harga yang lebih baik bagi hasil mereka dan membangunkan sumber pendapatan baharu.

Sebanyak 29 KPSM telah ditubuhkan di Sabah dengan penglibatan 2,943 peserta. Di Tenom, KPSM Kemabong Tenom Berhad mempunyai 111 ahli dan merupakan KPSM pertama yang berjaya membuka stesen minyak sendiri.

Beliau berkata, pencapaian tersebut membuktikan bahawa koperasi yang diurus dengan baik mampu membawa manfaat ekonomi yang lebih luas kepada ahlinya dan masyarakat setempat. MPOB juga akan terus membantu pekebun kecil melalui pegawai Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit atau TUNAS, khususnya dalam aspek penjagaan kebun, peningkatan hasil, penggunaan teknologi dan permohonan bantuan.

Pekebun kecil digalakkan mengemas kini maklumat dengan MPOB, mendapatkan lesen kebun kecil serta menyertai Kelompok Minyak Sawit Mampan atau SPOC bagi memperoleh Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia atau MSPO.

Bagi pekebun kecil yang layak, khidmat nasihat, lesen kebun kecil dan bantuan pensijilan MSPO disediakan tanpa bayaran.

Program berkenaan turut menyaksikan penyerahan Surau Al-Barakah MPOB kepada komuniti Kampung Kemabong Lama. Surau yang dibangunkan dengan kos RM145,000 itu dibiayai melalui sumbangan peribadi dan derma ikhlas warga kerja MPOB dari seluruh negara tanpa menggunakan peruntukan rasmi MPOB.

Noraini berharap surau tersebut bukan sahaja dimakmurkan sebagai tempat ibadah, malah menjadi ruang masyarakat bertemu, anak-anak menimba ilmu dan hubungan sesama penduduk dipererat.

MPOB Lancar Sistem e-CoPN, perkukuh jaminan bekalan bahan tanaman sawit berkualiti.
SIARAN MEDIA

Untuk Siaran Segera

MPOB Lancar Sistem e-CoPN, perkukuh jaminan bekalan bahan tanaman sawit berkualiti.

KOTA KINABALU, 24 SEPTEMBER 2026 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini melancarkan Sistem Kod Amalan Baik Tapak Semaian untuk Tapak Semaian Sawit (e-CoPN), satu inisiatif digital yang menyediakan rujukan kepada pekebun kecil bagi mendapatkan bahan tanaman berkualiti daripada tapak semaian yang mengamalkan kod amalan baik.

Pelancaran e-CoPN disempurnakan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, sempena Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit (PKPKS) 2026 di Kota Kinabalu, Sabah.

Inisiatif MPOB membawa mesej yang jelas kepada lebih 253,000 pekebun kecil di seluruh negara: transformasi industri sawit bermula dari kebun dan daripada asas yang paling penting, bahan tanaman berkualiti.

Menurut Noraini, e-CoPN merupakan antara inisiatif MPOB yang dilancarkan pada PKPKS 2026 bagi meningkatkan pencapaian pengeluaran hasil sawit pekebun kecil.

“Kita bermula dari asas, memastikan bahan tanaman berkualiti dan amalan di ladang dilaksanakan dengan betul. Daripada asas yang kukuh inilah kita dapat membina industri yang lebih produktif, berdaya tahan dan mampan,” katanya.

Pelancaran e-CoPN tepat pada masanya ketika industri sawit berdepan tuntutan pasaran antarabangsa yang semakin kompleks, dengan kemampanan, ketelusan dan kebolehjejakan menjadi antara keperluan penting untuk mengekalkan daya saing industri sawit Malaysia.

Dalam konteks ini, Kerajaan terus memperkukuh Sistem Kebolehjejakan Komoditi Malaysia (SKKM) melalui teknologi digital seperti Sawit Intelligent Management System (SIMS) dan GeoSAWIT™ yang dibangunkan MPOB.

Teknologi berkenaan membantu pekebun kecil membuktikan jejak, asal usul dan ketelusan pengeluaran hasil sawit kepada pembeli, khususnya untuk pasaran antarabangsa.

Bagi memastikan pekebun kecil tidak tercicir daripada tuntutan pasaran global, Noraini berkata Kerajaan akan terus memperkukuh Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai antara instrumen penting kemampanan industri sawit negara.

Sehingga kini, hampir 194,000 pekebun kecil persendirian telah memperoleh pensijilan MSPO melalui 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC), melibatkan keluasan tanaman melebihi 723,000 hektar, iaitu hampir 83.2 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman sawit milik pekebun kecil persendirian di seluruh negara.

Di Sabah sahaja, seramai 30,384 pekebun kecil telah memperoleh pensijilan MSPO, melibatkan keluasan tanaman melebihi 188,000 hektar, bersamaan 97.17 peratus daripada keseluruhan keluasan tanaman sawit milik pekebun kecil persendirian di negeri itu.

“Angka ini bukan sekadar statistik. Ia menunjukkan bahawa pekebun kecil kita juga mampu memenuhi tuntutan pasaran global apabila diberikan sokongan, bimbingan dan ruang yang sewajarnya,” kata beliau.

Kerajaan turut menyediakan RM63.5 juta di bawah Belanjawan 2026 bagi memperkukuh pasaran, mempromosikan pensijilan mampan pekebun kecil dan menangani kempen anti-minyak sawit di peringkat global.

MPOB juga melancarkan penerbitan Standard Operating Procedure (SOP): Guidelines for Pollinating Weevil Census, Fruit Set Counting and Hatch and Carry Technique, yang menyediakan panduan berasaskan kajian saintifik berkaitan proses pendebungaan pokok sawit.

Penerbitan buku panduan ini bertujuan memastikan amalan pendebungaan dilaksanakan dengan lebih berkesan, sekali gus menyokong pembentukan buah dan produktiviti tanaman.

Dalam majlis yang sama, MPOB dan FELDA turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama penyelidikan berkaitan kebolehtindakan iklim, pengurusan sumber air secara bertanggungjawab dan biodiversiti di kawasan perladangan.

Kawasan perladangan FELDA akan dimanfaatkan sebagai tapak penyelidikan bagi menghasilkan data saintifik yang boleh menyokong pembangunan dasar, inovasi teknologi dan amalan pengurusan ladang yang lebih mampan. Hasil penyelidikan ini dijangka memberi manfaat kepada pekebun kecil serta lebih 110,000 peneroka FELDA, khususnya dalam aspek kecekapan penggunaan air, pengurusan karbon dan penyesuaian terhadap cuaca ekstrem.

Datuk Badrul Hisham Mohd, Ketua Pengarah MPOB dalam ucapan aluan mewakili Pengerusi MPOB turut menegaskan kejayaan teknologi bukan sekadar pada penciptaannya, tetapi apabila teknologi itu sampai ke kebun, diterima pakai dan meningkatkan hasil serta pendapatan pekebun kecil.

“Kejayaan sebenar industri tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan jumlah teknologi atau penyelidikan yang dihasilkan, sebaliknya sejauh mana teknologi tersebut diterima pakai di kebun, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos dan akhirnya menambah pendapatan pekebun kecil”.

MPOB memperkenalkan pendekatan baharu menerusi PALMS 2030 yang akan memastikan teknologi dan inovasi yang dibangunkan memberi manfaat secara langsung kepada industri, termasuk pekebun kecil.

PALMS 2030 berteraskan lima fokus utama, iaitu Produktiviti, Automasi, Rendah Karbon, Kebolehpasaran dan Kemampanan, yang digerakkan melalui tiga agenda utama iaitu Mereformasi Institusi, Menerajui Industri dan Menjana Ekonomi. “PALMS 2030 mesti diterjemahkan menjadi manfaat untuk industri dan akhirnya untuk rakyat, termasuk pekebun kecil.” katanya. Selaras dengan pendekatan itu, peranan Pegawai Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit (TUNAS) MPOB turut diperkasa sebagai penghubung sebenar antara MPOB dengan pekebun kecil.

Badrul Hisham berkata TUNAS perlu menjadi “mata MPOB” untuk melihat masalah, “telinga MPOB” untuk mendengar suara pekebun kecil dan “tangan MPOB” untuk membantu menyelesaikan masalah di lapangan.

“Reformasi industri tidak boleh berlaku hanya dari pejabat. Ia mesti bermula di kebun. Ia mesti dirasai di kebun. Dan hasilnya mesti kembali kepada pekebun.” katanya.

PKPKS 2026 yang bertemakan “Kemampanan. Kebolehjejakan. Ketelusan.”menghimpunkan lebih 500 pekebun kecil sawit dari seluruh negara bagi mendapatkan ilmu, berkongsi pengalaman serta memahami teknologi dan perkembangan terkini industri.

Persidangan dwi-tahunan anjuran MPOB ini turut menampilkan 13 pembentang daripada pihak industri dan penyelidik MPOB yang berkongsi pengetahuan berkaitan produktiviti, teknologi, kelestarian, kebolehjejakan, ketelusan dan pemerkasaan pekebun kecil.

Majlis perasmian PKPKS 2026 turut menyaksikan pelancaran logo rasmi PKPKS serta penyampaian Anugerah Industri Sawit Malaysia 2025/2026 bagi mengiktiraf kecemerlangan pekebun kecil persendirian dan tersusun serta Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM).

Pengiktirafan tersebut mencerminkan keupayaan pekebun kecil untuk meningkatkan prestasi, mengurus kebun secara lebih berkesan dan mencipta nilai melalui pengurusan yang berilmu, berdisiplin dan mampan.

Datuk Badrul Hisham Mohd dilantik sebagai Ketua Pengarah baharu MPOB
SIARAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

Datuk Badrul Hisham Mohd dilantik sebagai Ketua Pengarah baharu MPOB

BANDAR BARU BANGI, 3 Ogos 2026 – Datuk Badrul Hisham Mohd dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa 3 Ogos 2026.

Pelantikan beliau memperkukuh MPOB sebagai peneraju industri sawit global melalui pemerkasaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendigitalan, automasi, mekanisasi serta agenda kemampanan yang memenuhi jangkaan pasaran antarabangsa.

Datuk Badrul Hisham  mempunyai berpengalaman luas hampir tiga dekad dalam pentadbiran dan diplomatik, terlibat dalam penggubalan dasar, pembangunan sektor pertanian dan perladangan serta pengurusan strategik di pelbagai kementerian.

Menurut beliau, MPOB kini berada pada tahap kematangan yang memerlukan pendekatan baharu bagi memastikan industri sawit negara terus kekal berdaya saing dalam landskap global yang semakin mencabar.

“MPOB telah berkembang menjadi sebuah institusi yang matang dan berwibawa. Kini adalah masa untuk kita melangkah ke era baharu dengan memanfaatkan teknologi digital, automasi dan mekanisasi bagi meningkatkan produktiviti, memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta mempercepat pemindahan teknologi kepada industri.”

“MPOB akan terus memperkukuh peranannya sebagai agensi yang menerajui pembangunan industri sawit negara dengan memberi penekanan kepada inovasi, kemampanan, ketelusan, kebolehjejakan (traceability) serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan responsif selaras dengan aspirasi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK),” katanya.

Sebelum ini, Datuk Badrul Hisham berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral), Kementerian Ekonomi sejak tahun 2025. Beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), dan pernah berkhidmat di Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Sepanjang perkhidmatan beliau, Datuk Badrul Hisham memainkan peranan penting dalam pembangunan dasar, pengurusan sumber, transformasi organisasi serta penyelarasan pelbagai inisiatif strategik di peringkat nasional.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas sebagai Ahli Lembaga Pengarah beberapa agensi kerajaan.

Di bawah kepimpinan beliau, MPOB akan terus memperkukuh tiga teras strategik penyelidikan dan pembangunan iaitu Pendapatan Tinggi, Nilai Tambah dan Pembangunan Mampan, di samping mempercepat pengkomersialan teknologi, meningkatkan produktiviti industri serta memperkukuh agenda kelestarian minyak sawit Malaysia di peringkat antarabangsa.

Pekebun kecil digesa mohon Budi Agri-Komoditi, tampung kos operasi kebun
SIARAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

Pekebun kecil digesa mohon Budi Agri-Komoditi, tampung kos operasi kebun

BANDAR BARU BANGI, 10 Ogos 2026 – Kerajaan menggesa semua pekebun kecil sawit persendirian yang layak supaya segera mengemukakan permohonan BUDI Agri-Komoditi bagi menikmati bantuan tunai RM400 sebulan, sekali gus membantu menampung sebahagian kos operasi kebun yang meningkat akibat ketidaktentuan ekonomi dan kenaikan kos input pertanian.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, berkata bantuan yang disalurkan melalui peruntukan Kementerian Kewangan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan kebajikan pekebun kecil terus terpelihara serta mereka kekal berdaya saing.

“Ramai pekebun kecil yang layak masih belum mengemukakan permohonan. Saya menyeru mereka supaya tidak melepaskan peluang ini kerana bantuan RM400 sebulan mampu meringankan sebahagian kos operasi kebun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulan Ogos Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Ibu Pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bandar Baru Bangi, hari ini.

Bantuan Budi Agri-Komoditi yang dilaksanakan melalui peruntukan Kementerian Kewangan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Bermula April 2026, nilai bantuan telah dinaikkan kepada RM400 sebulan melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta sebulan.

Pekebun yang memenuhi kriteria kelayakan diseru memohon bantuan Budi Agri Komoditi. Maklumat terperinci berkaitan syarat kelayakan boleh didapati di laman sesawang Budi MADANI, www.budimadani.gov.my.

“Komitmen KPK bukan sekadar merangka dasar, tetapi memastikan setiap inisiatif dapat dimanfaatkan oleh rakyat. Sebab itu kita turun ke lapangan, bertemu pekebun kecil, mendengar sendiri cabaran mereka dan membantu mereka mengakses bantuan yang disediakan Kerajaan,” katanya.

Kata Noraini, menerusi Program Salam Agrikomoditi MADANI yang dilancarkan pada 25 Julai 2026, KPK telah menjelajah sembilan kawasan strategik pekebun kecil di seluruh negara bagi menyampaikan perkhidmatan kerajaan secara terus kepada komuniti agrikomoditi.

Pengerusi MPOB, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha menegaskan komitmen MPOB melalui khidmat Pegawai Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit (TUNAS) serta pegawai Unit Pelesenan yang terlibat dalam siri jelajah Salam AgriKomoditi MADANI dengan membuka kaunter perkhidmatan bagi membantu pekebun kecil menyemak status lesen dan permohonan bagi pendaftaran bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

“Kehadiran pegawai MPOB di lapangan membolehkan pelbagai urusan berkaitan pelesenan dan permohonan bantuan diselesaikan dengan lebih cepat, sekali gus mengurangkan beban pekebun kecil,” katanya.

Pada majlis yang sama, Noraini turut menyempurnakan penanaman anak benih Siri Klon Sawit 4 (Clonal Palm Series 4 – CPS4), iaitu bahan tanaman elit terbaharu yang dibangunkan hasil kerjasama strategik antara MPOB dan Johor Plantations Group Berhad.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Badrul Hisham Mohd, berkata CPS4 merupakan klon kultur tisu berprestasi tinggi yang dibangunkan bagi mengatasi masalah kekurangan debunga semula jadi, khususnya di kawasan tanah gambut.

Menurut beliau, CPS4 mampu menghasilkan purata 13 jambak bunga jantan sepokok setahun, berbanding sekitar tujuh jambak bagi klon biasa dan 9.8 jambak bagi bahan tanaman konvensional DxP. Kajian MPOB turut menunjukkan CPS4 berpotensi meningkatkan hasil minyak kepada 6.9 tan sehektar setahun, berbanding 6.2 tan sehektar setahun bagi baka DxP konvensional.

“Teknologi ini berpotensi membantu meningkatkan produktiviti ladang dan seterusnya menambah pendapatan pekebun kecil, sejajar dengan usaha Kerajaan memperkukuh daya saing industri sawit negara,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan pelancaran Bulan Kebangsaan 2026 peringkat KPK serta penyerahan Jalur Gemilang kepada agensi-agensi di bawah kementerian sebagai simbol semangat patriotisme dan kebersamaan warga agrikomoditi.

Larian Sawit Merdeka 2026
SIARAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

Lebih 2,650 sertai Larian Sawit Merdeka 2026

PARIT SULONG, 30 Ogos 2026 – Lebih  2,650 peserta menyertai Larian Sawit Hari Merdeka 2026 yang diadakan di Pekan Seri Medan, Parit Sulong, menjadikan acara larian santai sejauh lima kilometer itu bukan sekadar sambutan Bulan Kebangsaan, malah platform untuk mendekatkan sektor agrikomoditi dengan rakyat.

Acara anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),  bertemakan “Sawit Memacu Kemakmuran Negara” dilaksanakan serentak dengan Program Kampung Angkat MADANI KPK, melibatkan pelbagai agensi dan rakan strategik di bawah kementerian.

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi telah merasmikan acara perlepasan peserta yang turut bersama masyarakat setempat  dalam memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan menerusi aktiviti sukan, komuniti dan pendidikan agrikomoditi.

Turut hadir, Datuk Badrul Hisham Mohd, Ketua Pengarah MPOB, pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan KPK, serta agensi-agensi di bawah Kementerian tersebut.

Badrul Hisham berkata penganjuran Larian Sawit Hari Merdeka membawa mesej yang lebih besar, melalui aktiviti riadah dan memastikan masyarakat dapat  memahami sumbangan industri sawit kepada kehidupan rakyat serta kemakmuran negara.

“Kita mahu membawa sawit lebih dekat kepada rakyat dan menunjukkan bahawa di sebalik industri ini ada pekebun kecil, pekerja, keluarga dan komuniti yang bergantung kepada rantaian nilai sawit,” kata Ketua Pengarah MPOB tersebut.

Beliau menambah, penyertaan yang begitu memberangsangkan menunjukkan bahawa pendekatan yang menggabungkan sukan, komuniti, pendidikan dan patriotisme mampu menjadi medium berkesan untuk mendekatkan sektor agrikomoditi dengan masyarakat, khususnya generasi muda.

“Kita mahu anak-anak muda melihat sawit sebagai industri moden yang berkembang melalui teknologi, inovasi dan amalan kemampanan. Pada masa yang sama, mereka perlu memahami bahawa industri sawit memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Bagi menjadikan pengalaman peserta lebih interaktif, MPOB bersama agensi-agensi di bawah KPK menyediakan beberapa hentian interaktif (pit stop) sepanjang laluan larian yang menggabungkan elemen pendidikan, kemampanan dan kreativiti.

Program tersebut turut disokong oleh pelbagai rakan strategik sektor agrikomoditi termasuk Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (MPB), Lembaga Kenf dan Tembakau Negara (LKTN), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Majlis Getah Malaysia (MRC), Majlis Kayu-kayan Malaysia (MTC), Majlis Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), RISDA Holdings Sdn. Bhd., Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) dan SD Guthrie Berhad.

Pendekatan ini memberi peluang kepada peserta, khususnya keluarga dan generasi muda untuk mengenali dengan lebih dekat usaha berkaitan inovasi sawit, pensijilan mampan, pemuliharaan alam sekitar serta kepelbagaian produk berasaskan komoditi negara.

Antara aktiviti interaktif yang mendapat perhatian peserta termasuk Lidi Sawit Challenge, pertandingan teka berat tandan sawit, gubahan kreatif berasaskan komoditi, demonstrasi masakan, pertandingan mewarna dan Sukan Rakyat.

Program ini turut menjadi sebahagian daripada pendekatan Salam Agrikomoditi dan Program Kampung Angkat MADANI KPK yang memberi penekanan kepada usaha kementerian dan agensi untuk turun padang, mendengar keperluan masyarakat serta membawa maklumat, perkhidmatan dan khidmat nasihat lebih dekat kepada komuniti.

Pendekatan tersebut mencerminkan usaha KPK untuk memastikan agensi di bawah kementerian bergerak sebagai satu pasukan bagi membawa manfaat sektor agrikomoditi secara lebih langsung kepada rakyat.

Selain larian, pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti Karnival Kampung Angkat MADANI termasuk jualan rahmah, sukan rakyat, pertandingan gubahan berasaskan agrikomoditi, demonstrasi masakan, pocket talk, pameran serta kaunter perkhidmatan agensi Kerajaan.

Penganjuran Larian Sawit Hari Merdeka 2026 mencerminkan komitmen berterusan KPK untuk merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat melalui pendekatan yang lebih santai, inklusif dan mesra rakyat. Industri sawit bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi negara, malah mempunyai hubungan langsung dengan kehidupan dan kesejahteraan masyarakat.

“Kita mahu rakyat bukan sahaja tahu bahawa sawit penting kepada ekonomi negara, tetapi turut memahami sumbangannya kepada kehidupan seharian. Sawit memacu kemakmuran negara kerana di belakang industri ini ada rakyat, komuniti dan masa depan generasi kita,” ujar Datuk Badrul Hisham.

MPOB perkukuh inovasi dan keselamatan makanan industri sawit melalui POMREQ 2026
SIARAN MEDIA

Untuk Siaran Segera

MPOB perkukuh inovasi dan keselamatan makanan industri sawit melalui POMREQ 2026

KUCHING, 11 OGOS 2026 – Malaysia terus memperkukuh daya saing industri sawit dengan memberi tumpuan kepada inovasi, keselamatan makanan dan peningkatan standard pengilangan bagi memastikan minyak sawit negara kekal berkualiti serta memenuhi keperluan pasaran antarabangsa.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, kemampuan industri sawit Malaysia menangani isu keselamatan makanan berkaitan monochloropropanediol esters (3-MCPDE) dan glycidyl esters (GE) membuktikan keupayaan industri untuk menyesuaikan diri dengan perubahan piawaian dan kehendak pasaran global.

“Industri sawit Malaysia telah menunjukkan keupayaannya untuk bertindak terhadap perubahan keperluan pasaran. Keutamaan kita sekarang ialah memastikan usaha ini diteruskan supaya minyak sawit Malaysia kekal selamat, berkualiti tinggi dan diyakini pengguna di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian National Seminar on Palm Oil Milling, Refining, Environment and Quality 2026 (POMREQ 2026) di Kuching hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Mohamad Helmi Othman Basha.

POMREQ yang dianjurkan setiap dua tahun merupakan antara platform utama MPOB yang menghimpunkan penyelidik, pemain industri, penggubal dasar dan pihak berkepentingan untuk membincangkan perkembangan serta inovasi dalam sektor pengilangan, penapisan, alam sekitar dan kualiti minyak sawit.

Bertemakan “Accelerating Palm Oil Innovations”, POMREQ 2026 memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi baharu, pendigitalan, automasi serta amalan terbaik bagi meningkatkan kecekapan dan memperkukuh daya saing industri sawit negara.

Sempena POMREQ 2026, MPOB turut melancarkan Code of Good Milling Practice for Palm Oil Mills (CoPM) Edisi Ketiga serta logo rasmi POMREQ sebagai identiti baharu seminar tersebut.CoPM Edisi Ketiga dipertingkatkan bagi membantu industri memperkukuh amalan keselamatan makanan, kawalan kualiti, perlindungan alam sekitar dan keselamatan pekerjaan.

Kod amalan itu turut memberi penekanan kepada langkah mengurangkan risiko bahan cemar pemprosesan termasuk 3-MCPDE, GE, mineral oil saturated hydrocarbons (MOSH) dan mineral oil aromatic hydrocarbons (MOAH).

Noraini berkata, pengukuhan CoPM mencerminkan pendekatan proaktif MPOB dan industri dalam memastikan standard pengilangan negara terus bergerak seiring dengan perkembangan keperluan pasaran antarabangsa.

“CoPM bukan sekadar dokumen teknikal. Ia menjadi panduan kepada industri untuk meningkatkan standard pengilangan, memperkukuh keselamatan makanan serta memastikan minyak sawit Malaysia terus memenuhi keperluan pasaran dari segi kualiti dan kemampanan,” katanya.

Skim Pensijilan CoPM turut diiktiraf di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) Kementerian Kesihatan Malaysia, sekali gus menyediakan laluan kepada syarikat pengilangan untuk mendapatkan pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) serta memperkukuh pematuhan terhadap amalan keselamatan makanan. Pelancaran logo rasmi POMREQ pula mencerminkan usaha memperkukuh identiti seminar itu sebagai platform utama MPOB dalam menghimpunkan kepakaran, inovasi dan kerjasama strategik untuk kemajuan industri sawit negara.

Dalam pada itu, Noraini berkata perkembangan teknologi perlu dimanfaatkan dengan lebih meluas dalam sektor pengilangan dan penapisan bagi meningkatkan produktiviti serta kecekapan operasi.

Penggunaan kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), pendigitalan dan automasi perlu terus dipergiat bagi memastikan industri sawit Malaysia kekal berdaya saing, mampan dan berdaya tahan.

“Transformasi teknologi perlu dipercepatkan. Kita mahu industri sawit Malaysia bukan sekadar mengikuti perubahan teknologi, tetapi mempunyai keupayaan untuk menjadi peneraju inovasi,” katanya.

POMREQ 2026 menghimpunkan seramai 400 peserta daripada sektor industri, institusi penyelidikan, universiti dan agensi kerajaan bagi membincangkan perkembangan terkini dalam bidang pengilangan, penapisan, keselamatan makanan, pengurusan biojisim, kemampanan serta inovasi teknologi.

Noraini berkata kerjasama antara kerajaan, MPOB, penyelidik dan pemain industri perlu terus diperkukuh supaya inovasi yang dibangunkan dapat diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar untuk industri.

“Matlamat akhirnya ialah sebuah industri sawit yang lebih cekap, lebih berkualiti, mampan dan berdaya saing, serta terus diyakini oleh pengguna dan pasaran antarabangsa,” katanya.

PROGRAM PEMANTAPAN MSPO PEKEBUN KECIL SAWIT DAERAH TAMPIN, NEGERI SEMBILAN
SIARAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

Pekebun kecil sawit mampan tonggak kelestarian industri sawit negara

TAMPIN, 17 Julai 2026 – Pekebun kecil sawit persendirian terus memainkan peranan penting sebagai tonggak kelestarian industri sawit negara dengan mengamalkan Amalan Pertanian Baik (GAP) serta mengurus kebun secara bertanggungjawab demi memelihara alam sekitar dan memastikan pengeluaran minyak sawit yang mampan.

Komitmen ini terus diperkukuhkan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan agensinya, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui pelbagai program latihan, khidmat pengembangan serta pemerkasaan pekebun kecil di seluruh negara. Selain meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekebun kecil, MPOB turut mengenal pasti pekebun kecil yang memerlukan bantuan kawalan penyakit

khususnya melalui Skim Kawalan Serangan Ganoderma Pekebun Kecil (SKGPK). Ketika berucap pada Program Pemantapan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) Pekebun Kecil Sawit Daerah Tampin kelmarin, Negeri Sembilan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi berkata Inisiatif Skim Kawalan Serangan Ganoderma Pekebun Kecil membantu pekebun kecil yang melaksanakan penanaman semula di bawah Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0) agar pokok baharu yang ditanam bebas daripada risiko jangkitan penyakit Ganoderma.

Tegasnya, usaha membangunkan sektor sawit yang mampan perlu bermula dengan penggunaan bahan tanaman yang berkualiti dan bebas penyakit. “Pokok sawit yang ditanam semula bukan sahaja perlu memenuhi syarat kemampanan yang diiktiraf di peringkat global, malah hendaklah menggunakan bahan tanaman daripada pembekal dan nurseri yang dipersijilkan Kod Amalan Baik Nurseri. Bagi Nurseri Sawit (CoPN) bagi memastikan benih yang digunakan berkualiti serta bebas daripada penyakit yang boleh menjejaskan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil,” tambahnya.

Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) MPOB, Dr. Zaki Aman semasa program yang sama berkata lebih 197,000 pekebun kecil sawit persendirian telah memperoleh pensijilan MSPO menerusi 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) di seluruh negara sehingga 31 Mei 2026.

1“Sebagai agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi, MPOB menyediakan khidmat pengembangan kepada semua pekebun kecil yang mengusahakan penanaman sawit secara persendirian melalui Pejabat Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit (TUNAS) MPOB di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, peranan pegawai TUNAS bukan sahaja membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti dan mengamalkan pertanian baik, malah membimbing mereka memperoleh pensijilan MSPO yang menjadi antara prasyarat penting bagi memenuhi keperluan pasaran antarabangsa.

“Pegawai-pegawai MPOB juga turut membantu merekodkan data geospatial termasuk maklumat pemetaan bagi setiap kebun sawit yang diusahakan pekebun kecil persendirian. Langkah ini penting bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan kebolehkesanan dan peraturan anti penyahhutanan di peringkat antarabangsa, bahkan memperkukuh daya saing minyak sawit Malaysia di pasaran global,” katanya.

Program Pemantapan MSPO Pekebun Kecil Sawit Daerah Tampin merupakan antara usaha berterusan KPK untuk meningkatkan kesedaran serta memperkukuh pelaksanaan amalan pertanian baik dalam kalangan pekebun kecil, sekali gus menyokong agenda kemampanan industri sawit negara.

Majlis Perasmian POMREQ 2026
SIARAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

MPOB perkukuh inovasi dan keselamatan makanan industri sawit melalui POMREQ 2026

KUCHING, 11 OGOS 2026 – Malaysia terus memperkukuh daya saing industri sawit dengan memberi tumpuan kepada inovasi, keselamatan makanan dan peningkatan standard pengilangan bagi memastikan minyak sawit negara kekal berkualiti serta memenuhi keperluan pasaran antarabangsa.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, kemampuan industri sawit Malaysia menangani isu keselamatan makanan berkaitan 3-monochloropropanediol esters (3-MCPDE) dan glycidyl esters (GE) membuktikan keupayaan industri untuk menyesuaikan diri dengan perubahan piawaian dan kehendak pasaran global.

“Industri sawit Malaysia telah menunjukkan keupayaannya untuk bertindak terhadap perubahan keperluan pasaran. Keutamaan kita sekarang ialah memastikan usaha ini diteruskan supaya minyak sawit Malaysia kekal selamat, berkualiti tinggi dan diyakini pengguna di seluruh dunia,” katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian National Seminar on Palm Oil Milling, Refining, Environment and Quality 2026 (POMREQ 2026) di Kuching hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Mohamad Helmi Othman Basha. POMREQ yang dianjurkan setiap dua tahun merupakan antara platform utama MPOB yang menghimpunkan penyelidik, pemain industri, penggubal dasar dan pihak berkepentingan untuk membincangkan perkembangan serta inovasi dalam sektor pengilangan, penapisan, alam sekitar dan kualiti minyak sawit.

Bertemakan “Accelerating Palm Oil Innovations”, POMREQ 2026 memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi baharu, pendigitalan, automasi serta amalan terbaik bagi meningkatkan kecekapan dan memperkukuh daya saing industri sawit negara. Sempena POMREQ 2026, MPOB turut melancarkan Code of Good Milling Practice for Palm Oil Mills (CoPM) Edisi Ketiga serta logo rasmi POMREQ sebagai identiti baharu seminar tersebut.

CoPM Edisi Ketiga dipertingkatkan bagi membantu industri memperkukuh amalan keselamatan makanan, kawalan kualiti, perlindungan alam sekitar dan keselamatan pekerjaan. Kod amalan itu turut memberi penekanan kepada langkah mengurangkan risiko bahan cemar pemprosesan termasuk 3-MCPDE, GE, mineral oil saturated hydrocarbons (MOSH) dan mineral oil aromatic hydrocarbons (MOAH).

Noraini berkata, pengukuhan CoPM mencerminkan pendekatan proaktif MPOB dan industri dalam memastikan standard pengilangan negara terus bergerak seiring dengan perkembangan keperluan pasaran antarabangsa. “CoPM bukan sekadar dokumen teknikal. Ia menjadi panduan kepada industri untuk meningkatkan standard pengilangan, memperkukuh keselamatan makanan serta memastikan minyak sawit Malaysia terus memenuhi keperluan pasaran dari segi kualiti dan kemampanan,” katanya.

Skim Pensijilan CoPM turut diiktiraf di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) Kementerian Kesihatan Malaysia, sekali gus menyediakan laluan kepada syarikat pengilangan untuk mendapatkan pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) serta memperkukuh pematuhan terhadap amalan keselamatan makanan.

Pelancaran logo rasmi POMREQ pula mencerminkan usaha memperkukuh identiti seminar itu sebagai platform utama MPOB dalam menghimpunkan kepakaran, inovasi dan kerjasama strategik untuk kemajuan industri sawit negara.

Dalam pada itu, Noraini berkata perkembangan teknologi perlu dimanfaatkan dengan lebih meluas dalam sektor pengilangan dan penapisan bagi meningkatkan produktiviti serta kecekapan operasi. Penggunaan kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), pendigitalan dan automasi perlu terus dipergiat bagi memastikan industri sawit Malaysia kekal berdaya saing, mampan dan berdaya tahan.

“Transformasi teknologi perlu dipercepatkan. Kita mahu industri sawit Malaysia bukan sekadar mengikuti perubahan teknologi, tetapi mempunyai keupayaan untuk menjadi peneraju inovasi,” katanya. POMREQ 2026 menghimpunkan seramai 400 peserta daripada sektor industri, institusi penyelidikan, universiti dan agensi kerajaan bagi membincangkan perkembangan terkini dalam bidang pengilangan, penapisan, keselamatan makanan, pengurusan biojisim, kemampanan serta inovasi teknologi.

Noraini berkata kerjasama antara kerajaan, MPOB, penyelidik dan pemain industri perlu terus diperkukuh supaya inovasi yang dibangunkan dapat diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar untuk industri. “Matlamat akhirnya ialah sebuah industri sawit yang lebih cekap, lebih berkualiti, mampan dan berdaya saing, serta terus diyakini oleh pengguna dan pasaran antarabangsa,” katanya.

TOT MPOB 2026 sedia peluang penyertaan usahawan PMKS, komersial produk berasaskan sawit
SIARAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

TOT MPOB 2026 sedia peluang  penyertaan usahawan PMKS, komersial produk berasaskan sawit

BANDAR BARU BANGI, 4 Jun 2026 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) terus memperkukuh agenda pemerkasaan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKMS) menerusi penganjuran Program Pemindahan Teknologi Sawit MPOB (TOT MPOB 2026) sebagai pemangkin  pembangunan industri sawit negara.

Acara tahunan yang bakal berlangsung pada 30 Jun 2026 di Ibu Pejabat MPOB di Bandar Baru Bangi menyasarkan penyertaan para penggiat industri, usahawan tempatan dan agensi kerajaan dalam usaha meningkatkan pengkomersialan teknologi dan inovasi sektor sawit yang menawarkan peluang ekonomi bernilai tinggi.

“Program TOT MPOB telah membantu ramai usahawan tempatan meneroka peluang perniagaan melalui pengkomersialan teknologi  dan membantu mempercepat pembangunan sektor sawit negara.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, program ini bukan sekadar platform perkongsian teknologi, malah menjadi “game changer” kepada usahawan PMKS untuk melonjakkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

“Melalui TOT MPOB, usahawan bukan sahaja memperoleh akses kepada teknologi terkini dan produk inovatif, malah berpeluang menjana pendapatan lebih tinggi menerusi penghasilan produk bernilai tambah yang mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya.

“Sehingga kini, pengkomersialan pelbagai teknologi MPOB di sepanjang rantaian industri menjana potensi pasaran bernilai lebih RM6.2 bilion,” jelas beliau.

“PMKS merangkumi 97.4% daripada jumlah keseluruhan perniagaan melibatkan lebih 1.2 juta usahawan di Malaysia. Dalam konteks ini,  TOT MPOB 2026 dirangka secara strategik untuk memperkasakan kemajuan industri sawit termasuk penglibatan pemain PMKS  bagi meningkatkan kebolehpasaran serta daya saing usahawan tempatan,” tambahnya.

TOT MPOB 2026 menawarkan lebih 300 teknologi hasil R&D MPOB yang sedia dikomersialkan kepada industri dan usahawan tempatan, peluang jalinan Kerjasama Awam-Swasta (PPP) bagi pembangunan teknologi serta pengkomersialan.

“Antara tarikan utama TOT MPOB 2026 termasuk pameran teknologi dan produk inovasi sawit; padanan perniagaan dan peluang kerjasama industri; demonstrasi teknologi; sesi konsultasi bersama pencipta teknologi serta peluang pembiayaan dan pembangunan usahawan.

“Program TOT MPOB turut memperkukuh agenda keterjaminan makanan dan ekonomi negara, dan platform strategik memperluas penggunaan teknologi tempatan, meningkatkan daya saing PMKS dan mempercepat transformasi industri sawit ke arah ekonomi bernilai tinggi.

Para usahawan dialu-alukan untuk hadir ke sesi taklimat peluang pengkomersialan teknologi MPOB yang akan berlangsung pada jam 2.30 petang di Ibu Pejabat MPOB, Bandar Baru Bangi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang perniagaan serta pelbagai pilihan produk teknologi R&D MPOB yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari portal rasmi MPOB di mpob.gov.my.