Pengenalan
Pembangunan industri sawit perlu dilaksanakan secara mampan berdasarkan prinsip 3P iaitu Rakyat (people), Alam Sekitar (planet) dan Keuntungan (profit). Pengendalian operasi kilang yang cekap merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam mencapai objektif ini. Ini termasuk kemahiran peserta dalam pengendalian makmal seperti kemahiran mengambil dan menganalisis sampel serta berupaya merekodkan keputusan analisis dengan betul dan tepat. Melalui kursus ini, peserta akan diajar mengenai pengendalian makmal yang sistematik, cara-cara menganalisis sampel minyak sawit serta sisa efluen. Ini penting bagi memastikan kilang sawit dan loji efluen dikendalikan dengan cekap dan mematuhi peraturan dan piawaian.
Objektif
Untuk meningkatkan kemahiran analisis dan menambah pengetahuan pembantu makmal kilang/penapis minyak sawit serta pengendali pukal sebelum dieksport.
Kandungan Kursus
- Penggredan Buah Tandan Segar dan Amalan-amalan Kilang
- Pengenalan kepada Pengoperasian Kilang Sawit
- Sistem Pengurusan Kualiti Makmal Kilang Sawit
- Kod Amalan Baik (Pengilangan dan Pemprosesan Sawit)
- Keselamatan Makmal dan Pengendalian Bahan Kimia
- Analisis Kawalan Mutu dan Kualiti Minyak Sawit
- Kaedah Jitu Analisis bagi Kualiti Minyak Sawit
- Kehilangan Minyak dan Isirung Sawit
- Pemahaman Mengenai Pengolahan dan Analisis Efluen Sawit
- Rawatan Air Mentah dan Air Dandang