Borang Permohonan Kursus dan Peperiksaan Kemahiran Menggred Buah Sawit 2025 Mengikut Wilayah:
SIRI I
Kursus dan Peperiksaan Kemahiran Menggred Buah Sawit 2025 Siri I bagi Wilayah Sarawak telah PENUH dan DITUTUP.
PENDAHULUAN
Penggredan buah kelapa sawit memainkan peranan penting dalam mengawal selia kualiti buah sawit yang dituai oleh pengusaha ladang dan pekebun kecil. Penggredan buah sawit adalah salah satu aktiviti penting dalam jaminan kualiti (quality assurance) yang sedang diusahakan oleh industri sawit. Kursus diadakan bagi memberi kesedaran terhadap pentingnya kualiti buah kelapa sawit dalam meningkatkan kadar perahan minyak sawit (OER).
OBJEKTIF
- Memberi pendedahan kepada penggred buah sawit dengan kaedah penggredan mengikut Manual Penggredan Buah Sawit MPOB edisi ke 3.
- Menerapkan kemahiran keseluruhan penggredan buah sawit meliputi aspek teknikal, komersial dan falsafah
- Meningkatkan pengetahuan tentang amalan agronomi di ladang yang memberi kesan terhadap kualiti buah sawit yang dihasilkan.
- Meningkatkan pengetahuan tentang kualiti buah sawit yang memberi kesan terhadap tahap kecekapan
- Melatih penggred buah sawit sebagai agen pengembangan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti buah sawit di
- Memberi pendedahan mengenai perundangan dan tindakan penguatkuasaan MPOB berkaitan amalan pengendalian, kualiti tandan dan penggredan buah sawit.
YURAN PENYERTAAN
RM850.00 / peserta
NOTA PENTING
- Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA berusia melebihi 18 tahun
- Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
- Tidak Buta Warna (permohonan peserta akan ditolak jika didapati GAGAL ujian buta warna)
- Peserta kursus dikehendaki menduduki peperiksaan amali dan teori bagi melayakkan mendapat sijil
- Yuran pendaftaran tidak dikembalikan sekiranya peserta/pengganti gagal menghadiri kursus.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
PENDAFTARAN
Nurul Aishah Musa / Mohd Shahrul Niza Yahya / Randi Ashaari
03-8769 4870 / 011-3567 6795