{"id":30986,"date":"2025-08-21T14:35:23","date_gmt":"2025-08-21T06:35:23","guid":{"rendered":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/2025\/08\/fgv-dan-mpob-menjalin-perkongsian-strategik-untuk-meningkatkan-kebolehkesanan-dan-memperkasakan-pekebun-kecil\/"},"modified":"2025-08-22T16:18:43","modified_gmt":"2025-08-22T08:18:43","slug":"fgv-dan-mpob-menjalin-perkongsian-strategik-untuk-meningkatkan-kebolehkesanan-dan-memperkasakan-pekebun-kecil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/2025\/08\/fgv-dan-mpob-menjalin-perkongsian-strategik-untuk-meningkatkan-kebolehkesanan-dan-memperkasakan-pekebun-kecil\/","title":{"rendered":""},"content":{"rendered":"\t\t<div data-elementor-type=\"wp-post\" data-elementor-id=\"30986\" class=\"elementor elementor-30986 elementor-30911\" data-elementor-post-type=\"post\">\n\t\t\t\t<div data-particle_enable=\"false\" data-particle-mobile-disabled=\"false\" class=\"elementor-element elementor-element-fde75fc e-flex e-con-boxed e-con e-parent\" data-id=\"fde75fc\" data-element_type=\"container\" data-settings=\"{&quot;ekit_has_onepagescroll_dot&quot;:&quot;yes&quot;}\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"e-con-inner\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-b5cd7ef elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"b5cd7ef\" data-element_type=\"widget\" data-settings=\"{&quot;ekit_we_effect_on&quot;:&quot;none&quot;}\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<p>SIARAN AKHBAR<\/p>\n<p>FGV dan MPOB Menjalin Perkongsian Strategik untuk<br \/>Meningkatkan Kebolehkesanan dan Memperkasakan Pekebun Kecil<\/p>\n<p>KUALA LUMPUR, 7 Januari 2025 \u2013 FGV Holdings Berhad (FGV) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) yang disaksikan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia. MoC hari ini menandakan satu lagi usaha penting dalam kerjasama antara sektor swasta dan<br \/>Kerajaan, menggariskan kepentingan hubungan antara pemain-pemain industri dan kerajaan dalam memacukan kemajuan negara. Menjangkau simbolik semata-mata; MoC tersebut mencerminkan kerjasama teguh antara FGV dan MPOB, menyatukan kekuatan kedua-dua entiti untuk mencipta impak yang berkekalan untuk negara. Memorandum tersebut digagaskan berdasarkan tiga tunjang utama yang akan memacu<br \/>transformasi: pertama merupakan pemerkasaan pekebun-pekebun kecil yang akan menyumbang kepada pertumbuhan dan kestabilan industri; kedua adalah memastikan pematuhan kepada piawaian kelestarian yang menjamin masa depan industri minyak sawit yang hijau dan bertanggungjawab; dan ketiga adalah merevolusikan industri sawit melalui penggunaan teknologi moden yang akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi.<br \/>Dokumen MoC tersebut ditandatangani oleh Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha, Pengerusi MPOB, Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV dan Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Ketua Pengarah MPOB. Sesi menandatangani dokumen telah disaksikan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, disertai Dato\u2019 Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA serta Dato\u2019 Dr Suzana Idayu Wati Osman, Ketua Pengarah FELDA.<br \/>Melalui kerjasama ini, FGV dan MPOB akan meneroka potensi di mana FGV menerusi anak syarikatnya akan membantu MPOB dalam meningkatkan keberkesanan dan kebolehgunaan platform-platform MPOB sedia ada seperti GeoPALM dan Sistem Pengurusan Pintar Sawit (SIMS). Usaha ini akan melibatkan integrasi teknologi moden, seperti pemetaan geolokasi,<br \/>pengesahan data dan rantaian blok untuk elemen kebolehjejakan, serta mekanisma analisis data dan membuat-keputusan. Dengan meminimakan ketidaktepatan dan meningkatkan ketelusan, inisiatif ini akan mengukuhkan kebolehjejakan di sepanjang rantaian bekalan minyak sawit dan memastikan pematuhan terhadap peraturan-peraturan global yang semakin ketat, termasuk Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).<br \/>Satu lagi fokus utama MoC tersebut adalah untuk memperkasakan pekebun-pekebun kecil dengan menggalakkan mereka mengambil bahagian secara aktif dalam pengeluaran minyak sawit lestari.<br \/>Inisiatif bersama FGV dan MPOB ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menyokong pekebun kecil dalam mematuhi piawaian Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) dan syarat kebolehjejakan yang ditetapkan oleh EUDR, sekaligus akan meningkatkan daya saing pekebun<br \/>kecil dan memudahkan akses ke pasaran minyak sawit premium.Tambahan lagi, kerjasama antara FGV dan MPOB ini turut memperkenalkan &#8216;Kebun Angkat&#8217;, program yang direka untuk pekebun-pekebun kecil terpilih dengan memberi bantuan teknikal dan bimbingan berkenaan amalan pertanian yang lestari. Kerjasama ini mencerminkan komitmen dalam menyokong pekebun kecil, dengan memberikan peluang kepada mereka untuk meningkatkan produktiviti, sekaligus memperbaiki taraf hidup dan punca pendapatan mereka.<\/p>\n<p>\u201cMelalui kerjasama ini serta objektif strategiknya, kami akan terus merevolusi masa depan sektor minyak sawit Malaysia secara langsung mengukuhkan ekonomi negara dan meningkatkan kedudukan Malaysia di persada global. Ini merupakan langkah penting dalam memacu ke arah<br \/>industri minyak sawit yang lestari dan telus di Malaysia. Sejajar dengan Rangka Kerja Kelestarian FGV, kami komited untuk meningkatkan taraf hidup pekebun kecil, yang merupakan tulang belakang industri sawit negara. Dengan kerjasama bersama MPOB, FGV bukan sahaja membantu<br \/>menyediakan sistem kebolehjejakan untuk memenuhi piawaian global, tetapi juga melengkapkan pekebun kecil dengan kebolehan dan pengetahuan yang diperlukan kekal relevan dalam pasaran yang semakin kompetitif. Bersama-sama, kita membina sektor minyak sawit yang lebih inklusif, lestari dan berdaya tahan,\u201d kata Tan Sri Rastam.<br \/>\u201cJalinan kolaborasi strategik antara MPOB dan FGV Holdings Berhad antara lain, akan memberi fokus terhadap ketelusan data dan maklumat pemetaan poligon melalui portal GeoPALM,pematuhan piawaian antarabangsa, peningkatan kecekapan operasi melalui analisis data yang lebih tepat, meningkatkan daya saing pekebun kecil, mengawal risiko pencemaran alam sekitar dan meningkatkan pengeluaran hasil tanaman, sekali gus akan mengukuhkan kedudukan minyak sawit Malaysia di pasaran antarabangsa,\u201d kata Datuk Mohamad Helmy. Melalui integrasi data geospatial, penggiat industri, pekebun kecil, pembuat dasar dan pihak berkepentingan akan dapat mengakses maklumat yang relevan untuk memastikan pematuhan<br \/>kepada piawaian kemampanan yang ditetapkan, sekali gus dapat meningkatkan kredibiliti minyak sawit Malaysia di peringkat global.<br \/>Kerjasama antara FGV dan MPOB ini akan memacu inovasi dan menangani cabaran kritikal yang dihadapi oleh industri sawit. Dengan memupuk kerjasama bersama agensi-agensi kerajaan, pemain-pemain industri serta pekebun-pekebun kecil, inisiatif ini membuka jalan ke arah masa<br \/>depan yang lebih lestari dan telus bagi industri sawit Malaysia.<br \/>FGV turut menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha kerajaan dalam menangani cabaran global seperti kempen anti-minyak sawit, untuk memastikan industri minyak sawit Malaysia terus berkembang dan kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa. \u201cDengan sokongan dasar yang betul, teknologi moden serta kerjasama yang kukuh, kami yakin sektor sawit akan terus berkembang maju lantas meningkatkan taraf hidup pekebun-pekebun kecil. FGV kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam pengeluaran minyak sawit yang lestari dan berdaya saing,\u201d<br \/>tambah Tan Sri Rastam. Model perniagaan unik FGV menggabungkan objektif komersial dengan tanggungjawab sosial. Sebagai syarikat pembeli terbesar Tandan Buah Segar (BTS) dari pekebun kecil Malaysia, FGV<br \/>memperoleh hampir dua pertiga (4.5 juta tan metrik) daripada bekalan BTS syarikat daripada peneroka FELDA dan pekebun-pekebun kecil bebas pada harga pasaran. Ini jelas menggariskan komitmen berterusan Kumpulan FGV dalam menyokong komuniti pekebun kecil.<br \/>Pada 2024, FGV telah membantu lebih 1,500 pekebun kecil melalui program kelestarian denganfokus kepada kesedaran tentang pematuhan dan piawaian pensijilan serta menangani cabaran-cabaran pengurusan tanah. Bermodalkan momentum ini, FGV menyasarkan untuk mengembangkan lagi usaha-usaha sebegini pada 2025.<\/p>\n<p>ENDS<\/p>\n<p>Mengenai FGV Holdings Berhad (FGV) FGV Holdings Berhad (FGV) merupakan syarikat perniagaan agri global terkemuka di Malaysia<br \/>dan merupakan salah satu pengeluar Minyak Sawit Mentah (MSM) terbesar di dunia. Operasi FGV merangkumi 7 negara di Amerika Utara, Eropah dan Asia dan tertumpu kepada enam bahagian utama; Perladangan, Minyak dan Lelemak, Gula, Logistik dan Perniagaan Sokongan, Pertanian Bersepadu dan Produk Pengguna. Sebagai perniagaan teras Kumpulan, Bahagian Perladangan memiliki rantaian nilai sawit bersepadu bagi aktiviti huluan, pemprosesan dan hiliran. FGV juga memiliki salah sebuah kemudahan tangki dan penyimpanan bagi minyak sayuran terbesar di dunia, dan merupakan pengeluar gula bertapis terkemuka di Malaysia.<br \/>FGV memulakan aktiviti pertanian bersepadu yang agresif dengan komponen perniagaan tanaman kontan, padi dan beras, nutrisi dan protein haiwan, ternakan serta ladang tenusu. Selain itu, FGV juga merupakan pemain FMCG terkenal di negara ini dengan pemasaran pelbagai produk<br \/>makanan pengguna berjenama dan terpilih seperti SAJI, ADELA, SERI PELANGI, GULA PRAI,<br \/>LADANG\u201957 dan BRIGHT COW.<br \/>Dengan tenaga kerja lebih daripada 45,000, FGV berhasrat untuk memperkenalkan produk makanan dan tani yang lestari ke serata dunia. Untuk maklumat lebih lanjut, tonton video korporat FGV di laman media sosial FGV Holdings iaitu Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn dan YouTube, serta laman sesawang kami di www.fgvholdings.com .<\/p>\n<p>Untuk pertanyaan media, sila hubungi:<\/p>\n<p><strong>Sallehin Mokhtar<\/strong><br \/><strong>Eksekutif Kanan, Perhubungan Media<\/strong><br \/><strong>sallehin.m@fgvholdings.com<\/strong><\/p>\n<p><strong>Affifah Baharim<\/strong><br \/><strong>Eksekutif Kanan, Perhubungan Media<\/strong><br \/><strong>affifah.b@fgvholdings.com<\/strong><\/p>\n\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":6,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"elementor_header_footer","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[167],"tags":[],"class_list":["post-30986","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-press-release-ms"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30986","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30986"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30986\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30989,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30986\/revisions\/30989"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30986"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30986"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30986"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}