{"id":30884,"date":"2025-08-21T10:07:20","date_gmt":"2025-08-21T02:07:20","guid":{"rendered":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/2025\/08\/kerajaan-perkasa-pekebun-kecil-sawit-sabah-melalui-insentif-pensijilan-mspo\/"},"modified":"2025-08-21T14:24:17","modified_gmt":"2025-08-21T06:24:17","slug":"kerajaan-perkasa-pekebun-kecil-sawit-sabah-melalui-insentif-pensijilan-mspo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/2025\/08\/kerajaan-perkasa-pekebun-kecil-sawit-sabah-melalui-insentif-pensijilan-mspo\/","title":{"rendered":""},"content":{"rendered":"\t\t<div data-elementor-type=\"wp-post\" data-elementor-id=\"30884\" class=\"elementor elementor-30884 elementor-30815\" data-elementor-post-type=\"post\">\n\t\t\t\t<div data-particle_enable=\"false\" data-particle-mobile-disabled=\"false\" class=\"elementor-element elementor-element-fde75fc e-flex e-con-boxed e-con e-parent\" data-id=\"fde75fc\" data-element_type=\"container\" data-settings=\"{&quot;ekit_has_onepagescroll_dot&quot;:&quot;yes&quot;}\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"e-con-inner\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-b5cd7ef elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"b5cd7ef\" data-element_type=\"widget\" data-settings=\"{&quot;ekit_we_effect_on&quot;:&quot;none&quot;}\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<p><b>SIARAN MEDIA\u00a0<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk Siaran Segera<\/span><\/p>\n<p><b>25 tahun memacu kemajuan industri sawit.<\/b><\/p>\n<p><b>PUTRAYAJA, 3 Mei 2025\u00a0 \u2013 <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Sambutan 25 tahun penubuhan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menandakan komitmen dalam mempertingkatkan inovasi sawit serta memperkukuh kawal selia ke arah ekosistem industri yang mampan dan berdaya saing.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sejak penubuhannya pada 1 Mei 2000, MPOB menjadi agensi utama yang merintis teknologi dan penyelidikan dalam semua aspek berkaitan sawit di bawah hala tuju Kementerian Perladangan dan Komoditi.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pencapaian MPOB menggiatkan teknologi dan inovasi untuk meningkatkan kemajuan industri sawit negara di samping menyokong semua pihak berkepentingan dalam rantaian industri meliputi penggiat industri, pekebun kecil, peniaga serta usahawan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi ketika berucap di Malam Gala Jubli Perak MPOB berkata Malaysia telah mencatatkan penghasilan 19.34 juta tan minyak sawit mentah dan mengeksport 26.66 juta tan produk berasaskan sawit yang menjana RM109.39 bilion kepada ekonomi negara pada tahun 2024, peningkatan sebanyak 8.9 peratus berbanding tahun 2023.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cPrinsip Daya Cipta MADANI jelas diterjemahkan oleh MPOB melalui pembangunan lebih 700 teknologi, termasuk mekanisasi, penghasilan biodiesel, produk kosmetik dan farmaseutikal, tokotrienol dan minyak sawit merah,\u201d kata Johari.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pengerusi MPOB, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha turut menegaskan, melalui pendekatan berteraskan sains, teknologi dan inovasi, MPOB terus menyumbang secara signifikan kepada daya saing dan kemampanan industri sawit negara di persada global.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cMPOB telah mengorak langkah daripada sebuah agensi penyelidikan kepada institusi bertaraf dunia yang menjadi teras pembangunan industri sawit Malaysia,\u201d katanya.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Simbolik kepada Sambutan 25 Tahun penubuhan MPOB, sebuah arca ikonik berbentuk logo ulang tahun ke-25 telah didirikan di ibu pejabat MPOB, Bangi semalam.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cArca tersebut menjadi mercu tanda yang mencerminkan komitmen teguh MPOB dalam menerajui inovasi, keutuhan dan kemampanan industri sawit negara sejak penubuhannya pada tahun 2000,\u201d kata Datuk Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir, Ketua Pengarah MPOB.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sempena sambutan jubli perak, MPOB mengambil pendekatan \u2018sawit untuk semua\u2019 dengan penganjuran aktiviti bersama masyarakat bagi pendedahan kepentingan dan sumbangan industri sawit kepada ekonomi negara yang bakal dianjurkan di Stesen Penyelidikan MPOB seluruh negara.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Malam Gala Jubli Perak MPOB turut meraikan sumbangan pelbagai pihak berkepentingan dan rakan strategik agensi tersebut yang telah berkerjasama dan menyumbang kepakaran bagi kemajuan industri sawit negara.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">MPOB juga memberi pengiktirafan kepada individu yang telah memberi sumbangan signifikan kepada kemajuan industri sawit. Seramai empat tokoh telah dinobatkan antaranya Tokoh Industri, Mendiang Tun Dr. Lim Keng Yaik yang merupakan Mantan Menteri Perusahaan Utama (1986 \u2013 2004), tokoh yang membawa kemajuan kepada industri sawit negara. Pada era perkhidmatan beliau, industri sawit melalui\u00a0 perubahaan dinamik dengan penubuhan dan pemerkasaan pekebun kecil, pembangunan biodiesel sawit, pengenalan Amalan Pertanian Baik (GAP), pembangunan pekebun kecil serta menyumbang dalam usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pengeksport minyak sawit utama dunia melalui penerokaan pasaran baharu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tan Sri Datuk Dr. Yusof Basiran, Mantan Ketua Pengarah MPOB (2000 \u2013 2006) dianugerah sebagai Tokoh MPOB atas kecemerlangan kepimpinan yang melonjak MPOB sebagai peneraju penyelidikan dan inovasi serta menangani cabaran memperkukuh kedudukan sawit Malaysia di peringkat global.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, MPOB juga menobatkan Tokoh Pekebun Kecil Sawit, Encik Rosli Abdul Rahman, pekebun kecil sawit persendirian dari Pontian, Johor. Beliau merupakan pekebun kecil contoh yang telah meraih pelbagai pencapaian dari aspek pensijilan mampan, peningkatan produktiviti pengeluaran, serta penglibatan aktif dalam aktiviti pemerkasaan ekonomi pekebun kecil. Sementara itu, Dr. N. Rajanaidu, Pegawai Penyelidik Gred Utama Khas<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">telah dinobatkan sebagai Ikon MPOB. Beliau merupakan pakar dalam bidang biak baka sawit yang memberi sumbangan kepada penghasilan baka sawit berkualiti.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">###<\/span><\/p>\n<p><b>UNIT KOMUNIKASI KORPORAT<br \/>\n<\/b><b style=\"font-size: inherit;\">LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB)<\/b><\/p>\n\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":6,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"elementor_header_footer","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[167],"tags":[],"class_list":["post-30884","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-press-release-ms"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30884","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30884"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30884\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30887,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30884\/revisions\/30887"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30884"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30884"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30884"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}