{"id":20873,"date":"2025-06-10T14:58:37","date_gmt":"2025-06-10T06:58:37","guid":{"rendered":"https:\/\/mpob.gov.my\/?p=20873"},"modified":"2025-06-10T15:24:35","modified_gmt":"2025-06-10T07:24:35","slug":"majlis-peluncuran-projek-rintis-penggunaan-biodiesel-sawit-b20-bagi-ground-service-equipment-di-klia-29-mei-2025-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/2025\/06\/majlis-peluncuran-projek-rintis-penggunaan-biodiesel-sawit-b20-bagi-ground-service-equipment-di-klia-29-mei-2025-2\/","title":{"rendered":"Ucapan Alu-aluan Ybhg. Datuk Helmy Othman Basha Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Sempena Majlis Peluncuran Projek Rintis Penggunaan Biodiesel Sawit B20 bagi Ground Service Equipment di KLIA &#8211; 29 Mei 2025"},"content":{"rendered":"\t\t<div data-elementor-type=\"wp-post\" data-elementor-id=\"20873\" class=\"elementor elementor-20873\" data-elementor-post-type=\"post\">\n\t\t\t\t<div data-particle_enable=\"false\" data-particle-mobile-disabled=\"false\" class=\"elementor-element elementor-element-7a938c5e e-flex e-con-boxed e-con e-parent\" data-id=\"7a938c5e\" data-element_type=\"container\" data-settings=\"{&quot;ekit_has_onepagescroll_dot&quot;:&quot;yes&quot;}\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"e-con-inner\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-06eae8f elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"06eae8f\" data-element_type=\"widget\" data-settings=\"{&quot;ekit_we_effect_on&quot;:&quot;none&quot;}\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<h4><strong>UCAPAN ALU-ALUAN<\/strong><br \/><strong>YBHG. DATUK MOHAMAD HELMY OTHMAN BASHA, PENGERUSI LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB)<\/strong><\/h4>\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-58a40864 elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"58a40864\" data-element_type=\"widget\" data-settings=\"{&quot;ekit_we_effect_on&quot;:&quot;none&quot;}\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<p>SEMPENA<br \/>MAJLIS PELUNCURAN PROJEK RINTIS PENGGUNAAN\u00a0<br \/>BIODIESEL SAWIT B20 BAGI GROUND SERVICE EQUIPMENT DI KLIA<\/p><p>KHAMIS, 29 MEI 2025<br \/>HOTEL SAMA-SAMA,\u00a0<br \/>LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KLIA<\/p><p>Bismillahirrahmanirrahim<\/p><p>Yang Berhormat Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani<br \/>Menteri Perladangan dan Komoditi<br \/>Yang Berhormat Datuk Chan Foong Hin<br \/>Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi<br \/>Yang Berbahagia Dato\u2019 Yusran Shah bin Mohd Yusof<br \/>Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)<br \/>Yang Berbahagia Dato&#8217; Jana Santhiran Muniayan<br \/>Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan<br \/>Yang Berbahagia Datuk Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir<br \/>Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)<br \/>Yang Berbahagia Dato\u2019 Mohd Izani Ghani<br \/>Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)<br \/>Yang Berusaha Encik Azrul Othman Rani<br \/>Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad<\/p><p>Dif-dif Kehormat,<br \/>Rakan-rakan Media,<br \/>Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.<\/p><p>Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, dan<br \/>Salam Malaysia MADANI.<\/p><p>Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan<br \/>terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Johari Abdul Ghani,<br \/>Menteri Perladangan dan Komoditi atas kesudian meluangkan masa hadir<br \/>ke Majlis Peluncuran Projek Rintis Penggunaan Biodiesel Sawit B20 bagi<br \/>Ground Service Equipment (GSE) di KLIA pada hari ini. Sekalung<br \/>penghargaan juga saya tujukan kepada rakan-rakan kolaborasi, para<br \/>penggiat industri, dan semua tetamu yang turut hadir pada majlis hari ini.<\/p><p>2. Majlis ini merupakan satu manifestasi penting dalam usaha<br \/>berterusan negara memperkasa penggunaan tenaga lestari dan<br \/>menyokong agenda dekarbonisasi industri. Pelaksanaan projek rintis<br \/>ini juga mencerminkan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta dalam<br \/>memperkukuh daya saing industri sawit negara melalui inovasi berimpak<br \/>tinggi.<\/p><p>Sidang hadirin sekalian,<br \/>3. Sebagai agensi utama yang dipertanggungjawabkan untuk memacu<br \/>kemajuan industri ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)<br \/>memainkan peranan penting melalui aktiviti penyelidikan dan<br \/>pembangunan (R&amp;D) dalam semua aspek sawit. Usaha ini bertujuan untuk<br \/>memastikan minyak sawit Malaysia bukan sahaja memenuhi keperluan<\/p><p>pelbagai sektor pasaran global, tetapi juga dihasilkan secara mampan dan<br \/>selaras dengan piawaian dan permintaan antarabangsa.<\/p><p>Tuan-tuan dan puan-puan,<\/p><p>4. Projek rintis penggunaan B20 merupakan kesinambungan kepada<br \/>inisiatif pembangunan biodiesel yang dimulakan oleh MPOB, di mana<br \/>melibatkan pembangunan teknologi watan dan melakar sejarah dengan<br \/>pembinaan kilang biodiesel pertama negara pada tahun 2005. Kini,<br \/>sebanyak 18 kilang biodiesel beroperasi dengan kapasiti pengeluaran<br \/>mencecah 2.3 juta tan setahun.<\/p><p>5. Bagi projek rintis penggunaan B20 di KLIA, sebanyak lima syarikat<br \/>pengendali kenderaan dan jentera perkhidmatan darat (GSE) telah<br \/>memberi komitmen untuk menggunakan biodiesel B20 iaitu campuran 20<br \/>peratus biodiesel berasaskan sawit dan 80 peratus diesel petroleum<br \/>dengan unjuran sebanyak 40,000 liter sebulan.<\/p><p>6. MPOB memainkan peranan penting dalam menyokong pelaksanaan<br \/>bagi kajian penggunaan biodiesel sehingga B30. Program Biodiesel<br \/>Negara diperkasakan melalui input hasil kajian teknikal dan ujian lapangan<br \/>bersama rakan industri, institusi akademik serta pengeluar kenderaan<br \/>seperti Japan Automotive Manufacturer Association (JAMA). Usaha<br \/>bersepadu ini bertujuan memastikan prestasi, keselamatan dan<br \/>kesesuaian penggunaan biodiesel sebelum pelaksanaan secara meluas diperingkat nasional.<br \/>Kajian MPOB telah membuktikan bahawa penggunaan<br \/>biodiesel, termasuk sehingga B30, memberi manfaat kepada enjin dan<br \/>menyumbang secara signifikan kepada pengurangan pelepasan gas<br \/>rumah kaca (GHG).<\/p><p>Hadirin yang dihormati,<br \/><br \/>7. Di samping menyokong aspirasi negara untuk mencapai pelepasan<br \/>karbon sifar menjelang tahun 2050, penggunaan biodiesel turut<br \/>menawarkan kelebihan daripada segi kos berbanding bahan api alternatif<br \/>lain. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh MPOB, penggunaan<br \/>biodiesel sawit bukan sahaja dapat mengurangkan GHG, malah bebas<br \/>sulfur, yang berpotensi mengurangkan sehingga 100 tan pelepasan sulfur<br \/>setahun bagi pelaksanaan program B20. Ini disokong melalui unjuran<br \/>pengurangan sehingga 13 peratus pelepasan gas rumah kaca (GHG)<br \/>bersamaan 105 tan setara karbon dioksida (CO2) setahun berbanding<br \/>minyak diesel petroleum bagi kegunaan kenderaan syarikat pengendali<br \/>operasi jentera darat. Tambahan pula, biodiesel turut memberikan<br \/>kelebihan teknikal seperti pengurangan kehausan enjin serta peningkatan<br \/>kecekapan proses pembakaran, sekali gus menyumbang kepada prestasi<br \/>kenderaan yang lebih baik dan penyelenggaraan yang lebih cekap.<\/p><p>8. Selain daripada pelaksanaan projek rintis B20 di KLIA, MPOB turut<br \/>melaksanakan projek rintis serupa di beberapa pelabuhan utama negara<br \/>seperti Pelabuhan Klang Utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan<br \/>Johor dan Pelabuhan Kuching. MPOB amat mengalu-alukan kerjasama<br \/>daripada pemain-pemain industri yang berminat untuk menyertai program<br \/>B20. MPOB bersedia untuk menyediakan khidmat nasihat teknikal serta<br \/>mengadakan perbincangan lanjut bagi menjayakan pelaksanaan projek<br \/>percubaan B20 secara menyeluruh dan berkesan.<\/p><p>Sidang hadirin yang dihormati,<br \/><br \/>9. Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menjaga bumi yang<br \/>kita diami ini untuk generasi akan datang. Projek rintis ini adalah satu<br \/>langkah ke arah kemampanan yang memelihara alam sekitar kita. <br \/>Dengan menggunakan biodiesel sawit, kita bukan sahaja mengurangkan<br \/>pergantungan kepada bahan api fosil, malah turut memperkasakan<br \/>pekebun kecil sawit dan komuniti setempat yang terlibat dalam industri<br \/>sawit. Ini adalah bukti bahawa pembangunan mampan dan ekonomi boleh<br \/>berjalan seiring, memberi manfaat kepada rakyat dan alam sekitar secara<br \/>serentak.<\/p><p>10. Selain itu, kejayaan projek ini juga merupakan hasil daripada<br \/>kerjasama erat dan semangat berpasukan antara pelbagai pihak<br \/>termasuklah agensi kerajaan, pihak industri, penyelidik dan komuniti. Inilah<br \/>semangat yang perlu kita teruskan dalam menghadapi cabaran global<br \/>seperti perubahan iklim dan krisis tenaga. Saya percaya dengan terus<br \/>memperkukuh kolaborasi sebegini, Malaysia mampu menjadi contoh<br \/>kepada negara-negara lain dalam memperjuangkan teknologi hijau dan<br \/>inovasi mampan yang berimpak tinggi<\/p><p>Tuan-tuan dan puan-puan,<br \/>11. Saya yakin, pelaksanaan projek rintis B20 di KLIA hari ini akan<br \/>memberi impak yang positif dan signifikan kepada sektor industri dan<br \/>membuka laluan kepada perluasan penggunaan biodiesel dalam sektor<br \/>industri lain. Kami berharap inisiatif ini akan terus mendapat sokongan<br \/>padu daripada semua pihak berkepentingan.<\/p><p>12. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada<br \/>Yang Berhormat Menteri serta semua pihak yang menjayakan<br \/>pelaksanaan projek dan majlis pada hari ini. Semoga usaha ini menjadi<br \/>pemangkin kepada peluasan penggunaan biodiesel sawit di peringkat<br \/>nasional, sekali gus memperkukuh daya saing dan kemampanan industri<br \/>sawit negara di persada antarabangsa.<\/p><p>Sekian, terima kasih.<\/p>\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UCAPAN ALU-ALUANYBHG. DATUK MOHAMAD HELMY OTHMAN BASHA, PENGERUSI LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB) SEMPENAMAJLIS PELUNCURAN PROJEK RINTIS PENGGUNAAN\u00a0BIODIESEL SAWIT B20 BAGI GROUND SERVICE EQUIPMENT DI KLIA KHAMIS, 29 MEI 2025HOTEL SAMA-SAMA,\u00a0LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KLIA Bismillahirrahmanirrahim Yang Berhormat Datuk Seri Johari bin Abdul GhaniMenteri Perladangan dan KomoditiYang Berhormat Datuk Chan Foong HinTimbalan Menteri Perladangan dan KomoditiYang &#8230; <a title=\"Ucapan Alu-aluan Ybhg. Datuk Helmy Othman Basha Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Sempena Majlis Peluncuran Projek Rintis Penggunaan Biodiesel Sawit B20 bagi Ground Service Equipment di KLIA &#8211; 29 Mei 2025\" class=\"read-more\" href=\"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/2025\/06\/majlis-peluncuran-projek-rintis-penggunaan-biodiesel-sawit-b20-bagi-ground-service-equipment-di-klia-29-mei-2025-2\/\" aria-label=\"Read more about Ucapan Alu-aluan Ybhg. Datuk Helmy Othman Basha Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Sempena Majlis Peluncuran Projek Rintis Penggunaan Biodiesel Sawit B20 bagi Ground Service Equipment di KLIA &#8211; 29 Mei 2025\">Read more<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-20873","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-speech"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20873","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20873"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20873\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20917,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20873\/revisions\/20917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20873"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20873"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mpob.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20873"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}